Bicara Dara membicarakan tentang segala gala topik dari aktiviti harian, hobi.. keluarga,artis luar dan dalam negara dan juga mengenai gosip.
Khamis, 2 Februari 2017
Inilah foto wajah terbaru bakal suami Jihan Muse yang semakin kacak bergaya
Baru-baru kecoh juga mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa Jihan Muse dan kekasih, Ku Hariz, bakal mendirikan rumah tangga pada bulan depan bagaimanapun, pengacara tersebut menafikan perkara tersebut sebaliknya menyatakan ia akan berlangsung pada penghujung tahun ini.
“Bukan saya tidak mahu berkongsi sebab perancangan (berkahwin) itu memang ada, tetapi bukan bulan depan seperti yang diperkatakan itu. Jadual kerja saya sangat padat sekarang. Jadi saya tidak berani berkongsi sebarang tarikh dulu,” jelasnya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, Jihan pernah berkongsi cerita bahawa dia dan juga Ku Hariz sudah menjalin cinta sejak lapan tahun lalu. Selain itu, pelawak ini juga turut menyifatkan gosipnya bakal berkahwin dalam waktu terdekat baru-baru ini sebagai doa daripada peminat.
Kami pasti Jihan akan berkongsi tarikh istimewanya itu apabila sudah bersedia nanti. Apa pun, semoga semua persiapan majlis dan segala urusan Jihan dan juga Ku Hariz akan dipermudahkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan