Pernah melalui nasib yang sama, Rita berharap Fasha cekal dan sabar menghadapi ujian ini demi anak-anak.
“Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai.
“Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat.
“Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, ibu tunggal ini mendedahkan dia sebenarnya mengikuti perkembangan berkenaan gosip rumah tangga Fasha sejak tahun lalu.
“Ketika mendengar gosip itu, saya mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu dia pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun.
“Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan demi anak. Saya tidak mahu dia melalui pengalaman seperti saya. Namun, dalam perkara ini semuanya Allah SWT sudah tentukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan