Terbaru, OPPO Electronic bakal muncul dengan peranti baru OPPO F1 yang memang direka khas untuk kaki selfie dan mereka yang inginkan kualiti selfie paling canggih dari sebuah telefon pintar.
Okay kita sembang sikit tentang perisian Beautify 3.0 — ianya mampu memberikan hasil selfie yang sempurna dengan mencerahkan kulit anda, membuang segala jerawat & jeragat sementara yang anda tidak mahukan. Ia turut mempunyai tiga mode khas untuk mengambil selfie selain pelbagai filter cantik untuk anda.
OPPO F1 juga hadir dengan badan besi, memori 3GB RAM & juga bateri berkapasiti 2500mAh.
Siapa lagi yang lebih sesuai untuk bergelar jurucakap kepada OPPO F1 selain ratu selfie negara, Nora Danish dan Ayda Jebat. Lihat sahaja betapa cantiknya Nora Danish dalam gambar di bawah yang diambil dengan kamera hadapan OPPO F1.
“Saya rasa bangga apabila dilantik menjadi jurucakap OPPO F1 yang saya kira sebagai peranti selfie yang canggih. Ianya memang senjata rahsia saya dalam selfie setiap hari kini,” ujar Nora Danish. Lihat aksi ratu selfie ini di bawah.
OPPO F1 akan memulakan jualan pada 22 Januari 2017 dan untuk 200 unit pertama yang dibeli melalui Oppo Online Store, anda akan menerima OPPO Exclusive Selfie Stick.
OPPO F1 akan mula dijual dengan harga RM1198.00 sahaja, memang terbaik!
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang OPPO F1, boleh layari laman web rasmi mereka di www.oppo.com/my, mahu beli terus pun boleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan