Memaparkan catatan dengan label Ilmiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmiah. Papar semua catatan

Ahad, 2 April 2017

Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR-GAMBAR)

8

Lihat Gambar2x Di Sini

Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik.

Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.

Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.

Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.

Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.

Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.

Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan

‘Peshmerga Kurdi’.

“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.

"Saya ikut suami hingga ke airport,rupanya saya dimadukan"



Luahan Isteri Bermadu dan Dimadukan | Luahan kisah sedih wanita ini yang hanya mahu berkongsikan kedukaannya sebagai seorang wanita dan isteri kepada seorang lelaki dan suami yang kaki perempuan.
Suaminya tidak pernah puas dengan seorang isteri di mana kahwin cerai adalah perkara biasa bagi suaminya. Bermadu dan di madukan perkara biasa pula bagi wanita ini. Dari perempuan muda hingga ke tua semua nak di cuba.

Diharap luahan wanita ini dapat dijadikan pedoman pada mereka yang dalam situasi yang sama.

”Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu..Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai, dan sudah pun berkahwin lain. Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. 


Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. 

Macam macam lg. Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ).

 Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala. Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. 

Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli. 

Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.

Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pd dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. 

Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. 

Saya kerumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik kerumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. 

Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami. Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. 

Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibubapa saya sebagai saksi.

Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu.. mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? 

Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dh redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah, kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. 

SAYA ULANG, IBU SAYA. Pd suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur. Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri. Saya nampak perubahan, setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan.. rezeki dipermudahkan.

Selepas 2 tahun, saya diuji lagi.. suami bernikah disempadan dgn janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu.. hampir sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dgn perempuan juga. 

Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.

Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan.

Isteri baru suami menyatakan kata kekurangan saya..saya terlalu pentingkan kerja, tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja? Jika rumah, api air, unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bg emak semua atas saya? Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada bagi..tak ada saya diam.

Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya, menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni, tak mengapa suami tak ada duit, saya ada. Kita org tua tak makan tak apa, anak2 perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panadol tidur. Budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang kerumah, saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta, saya ukir senyuman utk anak2. Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru, daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua org.

Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di fb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu. Saya hanya mampu mendengar.

Tak mengapalah, saya kata once for all.Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak2.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang, ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai, Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya kemahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa, saya tahu saya kuat. Allah ada, Allah lindung saya.

Saya tak tuntut apa2 dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa,ada rezeki lain utk anak. Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat- bulat “.

Buat isteri diluar sana,kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari. Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan.

2 Gambar Mengejutkan Puteri Balqis Yang Dapat Kritikan Oleh Peminatnya..!!


Sudah namanya artis tidak kiralah walau dia masih kanak-kanak sekalipun, gerak-geri dan tingkah laku pelakon cilik Puteri Balqis atau Aqish sentiasa menjadi perhatian ramai. Tidak kurang, setiap kali Pelakon Wanita Terbaik Asia pada Asian Television Awards 2014 ini memuat naik gambar juga berkongsikan perkembangan terbaru menerusi laman Instagram miliknya @rockingbalqis, pasti akan mendapat ribuan 'like' daripada peminat. Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon berusia tujuh tahun ini dikecam ekoran memuat naik sekeping foto memperlihatkan gaya tangannya yang yang kebiasaannya dikaitkan dengan simbol 'Rock' ataupun simbol 'I Love You'....

Namun, ada sesetengah pihak mempertikaikan aksi Aqish apabila mendakwa ia adalah simbol Yahudi. Tidak cukup dengan itu, ada juga pengikut yang menegur supaya Aqish menutup aurat atau lebih tepat memakai pakaian yang sopan dan bertudung yang sudah tentu menampilkan gaya lebih manis. Begitupun ada peminat berpendapat Aqish masih kecil dan selama ini tidak ada salahnya dengan pemakaian aktres cilik berbakat besar ini....

**Akhir Zaman!! Gadis Tanpa Segan Silu Muat Status & Gambar Luc*h Di Laman Sosial !






AL FATIHAH ~ 'TITIPAN TERAKHIR SAYU DARI SORANG MAMA'












: salam jumaat penuh keberkatan. Alhamdulillah, hari demi hari mama semakin kuat dan insyaAllah mama dapat habiskan tempoh berpantang tanpa baby-baby dgn kekuatan yg ada.
Terima kasih kepada semua. Dengan setiap ucapan, doa, kata-kata semangat. Tak mungkin mama mampu reply satu per satu. Moga Allah memberkati kalian semua.
Semalam sebelum discharge, doktor tanya kenapa mama refuse untuk guna ventilator dan khidmat kaunseling?
Ventilator.
Pengalaman membesarkan keisha selama 47 hari di nicu cukup beri mama pengalaman dan pengajaran tentang baby premature. Dalam keadaan 1st twin yg tak mampu buka mata sendiri, lubang telinga tak ada, organ dalaman tak lengkap. Mama tak mahu terus menyeksa dia. Tak sanggup tengok bayi sekecil dia hidup didalam gelungan wayar dan jarum.
Yang mana, doktor sendiri tak berani nak memberi sebarang harapan atau percent utk hidup. Lama mama renung muka 1st twin ... "Adik, mama lepaskan adik. Tenanglah adik.. Maafkan mama sbb refuse ventilator. Bukan mama tak nak usaha. Tapi, mama tak nak dera tubuh kecil adik. Cukuplah Allah dah beri mama peluang lahirkan baby kembar. Beri mama peluang dakap adik. Sekarang, adik kembalilah kepada Pencipta. Ada tempat yang lebih baik utk adik disana...insyaAllah"
Dan........
Ye mama refuse utk guna khidmat kaunseling sbb tak ada apa yg terbuku di hati mama. Semua terjadi atas kehendak Yang Kuasa. Siapa kita nak menyangkal walau sebesar zarah perancangan Dia untuk hambaNya. Siapa kita utk menyangkal ajal maut yang diatur untuk kita.
Mama yakin, inilah yg terbaik. Sepanjang mama sakit nak bersalinkan si kembar. Hanya 1 yang mama pohon pada Allah.....
"Permudahkanlah urusanku.........."
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.
Ya, Allah mempermudahkan urusanku. Ramai yg membantu. Baby pergi dalam keadaan tenang. Jenazah diuruskan dgn sempurna. Dari proses kelahiran sehinggalah pengkebumian, alhamdulillah urusan anak2 mama dan mama dipermudahkan hanya dalam 1 hari. Inilah aturan Dia untuk mama dan si kembar. Ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah.... Dan kerana ini mama refuse utk jumpa kaunseling dr pihak hospital. Mama redha....... Kerana tak semua urusan kita diakhiri dengan kegembiraan.

SUMBER PUAN ANNA ZAINAL

Sabtu, 1 April 2017

Budak Ini Biadap & Tidak Cerdik !



nurul_zahid

Beberapa hari yang lepas Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan netizen apabila memuat naik satu gambar di instagram dengan caption yang agak ‘pedas’.

Berikutan itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri itu susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).

MAS bapak mahal! Pramugari pun dah tua-tua…

Screen Shot 2017-03-30 at 4.10.17 PM

‘Budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik’ – Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam)

“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya.
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.
Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.
Ismail berkata, sebagai anak kepada pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial.
“Kalau macam ini perangai seorang anak timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat,” katanya.
“Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS,” katanya.
Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak “mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal”.

I love MAS. I admit there is also good experience flying with them…

Screen Shot 2017-03-31 at 11.55.11 AM
Walaubagaimanapun, Nurul telah memadam gambar serta status berkenaan di Instagram. Beliau juga telah membuat permohonan maaf kerana telah menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati crew MAS.
Umum sedia maklum MAS merupakan peneraju utama syarikat penerbangan di Malaysian sejak berabad lamanya. Kami yakin MAS dah sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia selama ini so chill la!
sumber: Malaysia Kini

Bongkar! Perkerja ATM Hilang Kena Culik Ditemui Maut Disembelih


PEKERJA ATM
Bongkar! Perkerja ATM Hilang Kena Culik Ditemui Maut Disembelih|Mayat seorang lelaki dengan tangan di ikat dan kesan kelar dileher di temui dikebun sawit Yong peng di sini Kira kira jam 6.30 petang. semalam.

Mayat berkenan dipercayai adalah mangsa culik yang berlaku dua hari lepas yakni Bernama Norazee Bin Abdulrahman 33 tahun seorang pekerja ATM yang di culik beberapa individu yang menaiki van putih di depan rumahnya kampung minyak beku Batu pahat johor dalam kejadian tengah hari dua hari lepas.
Mangsa juga merupakan seorang ayah dan juga memiliki isteri yang sarat mengandung anak kedua mereka yang hanya mennghitung hari untuk bersalin.
Sumber Berkata untuk maklumat terkini mengenai kes culik pekerja ATM tersebut,mangsa telah ditemui di kebun sawit yong peng petang semalam dengan keadaan tangan terikat dan memiliki luka dibagian leher dipercayai di sembelih dan meninggal dunia di tempat kejadian.katanya
12717949_244002279285043_7323143429168980048_n

Apabila di tanya tentang keadaan isteri mangsa yang di kabarkan sebelum ini sarat mengandung juga Dilihat giat melakukan pencarian di beberapa kawasan selain dari cuba bertanyakan beberapa orang sebelumnya.
Beliau berkata “Mayat mangsa Norazee Bin Abdulrahman ketika itu berada di bilik mayat hospital batu pahat dimana isterinya pada masa yang sama bertarung nyawa untuk bersalin anak kedua meraka,katanya
Sebelumnya dalam kejadian yang berlaku tengah hari dua hari lepas menurut maklumat awal lokasi terakhir mangsa berada di hadapan rumahnya kampung minyak beku, seorang saksi melihat Ada satu pergelutan berlaku sebelum mangsa di paksa masuk kedalam van putih dan terus dilarikan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui oleh orang awam,Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan” katanya

KOL
Gambar bekas pergelutan di depat rumah mangsa.
12932577_469727343221207_5589480066343107630_n
12670650_469727293221212_7371291469447240511_n
1917417_469727389887869_2976649864760178336_n

Jumaat, 31 Mac 2017

Pasangan Kekasih Melepaskan 'NIAT' Di Atas Motosikal Di Rakam CCTV.

Dunia-dunia!!! Itulah Realiti dunia zaman sekarang ini yang penuh dengan bermacam-macam ragam manusia, tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Sampaikan ada pula yang sanggup 'melepaskan' niat di atas motosikal. Apa yang pelik disini adalah, melihat seorang gadis yang memakai tudung sanggup berbuat demikian.

Memang sungguh memalukan. Aksi pasangan remaja ini sempat dirakamkan oleh satu kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kawasan yang tidak kami pasti. Apa-apa pun, dunia sekarang ini memang sudah di akhir zaman hinggakan tidak ada rasa malu pada orang-orang di sekeliling.

Di dalam satu video yang di muat naik di satu laman sosial menunjukkan, si lelaki telah memasukkan tangannya di dalam seluar pasangannya semasa mereka ini tidak sedar akan aksi mereka ini sedang dirakamkan oleh CCTV. Mana tidaknya, bila nafsu menguasai diri apa pun mereka sudah tidak peduli. Jom saksikan...

Khamis, 30 Mac 2017

Isteri Nekad HACK Whatsapp Suami Hingga Akhirnya Perbualan Rahsia Besar Suaminya TERBONGKAR !


Haish! gejala hack ni ingatkan dekat facebook je, rupanya whatsapp pun ada juga ni. Tapi apa yang menariknya bila dapat hack whatsapp orang yang kita sayang? Korang pernah try ke?
Tapi bahaya juga sebab kita dah menceroboh dalam kawasan peribadi orang tanpa kebenaran, nak buat macam mana kalau dah itu je caranya untuk mendapatkan kepastian kan. Kalau kes dia ni macam mana pula ni? korang rasa betul ke tak tindakan si isteri ni?






Sudah la pandai hack, pandai pula berdrama dah macam penyiasat. So lepas ni suami-suami tak ada chance la nak menggatal lagi. Tapi jangan pula jadikan alasan untuk mendapatkan sesuatu korang nak. Si isteri ni ada menyatakan bahawa adakah dia boleh gunakan screenshot ni sebagai bukti untuk dikemukakan kepada pegawai jabatan agama.

Jadi kalau nak tau kenalah tanya yang lebih arif tentang perkara seperti ini, dan seeloknya kalau ada masalah rumah tangga bincang sesama pasangan dahulu dan kalau sukar maka perlu ada campur tangan orang ketiga atau minta nasihat kaunseling tentang masalah yang dihadapi.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

'Sama-Sama Kita Cari Photographer Setan Ni !' Mohon SEBARKAN !


'Sama-Sama Kita Cari Photographer Setan Ni !' Mohon SEBARKAN !
"Mula-mula saya tengok dia, bukan main baik lagi datang kenduri sembahyang bagai. Tetapi perangai seperti setan! Entah berapa ramai pasangan yang telah... [BACA PENUH]"
MOHON SEBARKAN ! Jangan sampai keluarga anda jadi mangsa dia ni !

Siapa yang buat photoshoot dengan dia ini, harap bersabar. Saya punya gambar kahwin dah dekat 3 bulan pun masih tak dapat lagi.

Bila saya cuba menghubungi dia, langsung tidak dijawab. Bila hantar mesej melalui WhatsApp, langsung tak dibalas.

Mula-mula saya tengok dia, bukan main baik lagi datang kenduri sembahyang bagai. Tetapi perangai seperti setan!

Entah berapa ramai pasangan yang telah ditipu oleh lelaki ini. Kalau saya jumpa dia depan mata, memang tak cakap banyak dah.

Patutlah di Facebook dan WhatsApp dia tak letak gambar. Rupa-rupanya dia penipu!

Yang masih tak dapat lagi album kahwin mereka, sama-samalah kita mencari lelaki yang berperangai syaitan ini.

Sudahlah buat pembayaran penuh, tetapi dibuatnya pelanggan macam tunggul kayu. Kahwin sekali saja kot? Tetapi dia buat main-main dengan album kahwin. Beruk betul! - Dolce Athirah

Sumber Asal: H2M.CO

Jom Kita Akan Tinggalkan ASTRO.....Dekoder MYTV Dijual Dengan Harga RM200, Jun Ini



Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.

“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.

Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.

Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.

Rabu, 29 Mac 2017

Kahwin Tak Sampai SENTENGAH JAM, Pengantin Perempuan DICERAIKAN Talak 3

Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial tentang wang hantaran berikutan viral hantaran RM15k.

Seorang juru foto gambar pernikahan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim, menceritakan satu kisah "jadi suami hanya setengah jam" yang dikatakan terjadi di depan matanya sendiri.

Mas Kahwin RM 22,222.22

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ni aku nakshare skit citer yang pernah terjadi depan aku dulu.

Mas hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak RM22,222.22. Memang mahal gila...tapi si lelaki ni setuju. Aku tengok pon lelaki ni bukan calang-calang orang juga.

Akad Nikah Selesai Sekali Lafaz

So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak sabar meng*w*n. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas je si lelaki lafazkan akad.


Baru Sedar Duit Hantaran Tak Cukup Seribu


Hantaran pon bertukar tangan begitu juga ngan mas kawen. Masa lelaki tu nak baca lafaz takliq, tetibe sedara dari pihak pompuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"

Terus bangun pengantin pompuan dari tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal apa tak cukup seribu...siap pihak pompuan perli-perli "dah tahu tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenape"

"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah camni..."

Yang pengantin laki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia amik mic pastu dia ckp.

"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah macam ni. Saje saya tak cukupkan seribu sebab nak tgk korang macam mana. Ni ade saya bawa wang yang tak cukup tu" sambil buka bag yg berkepok-kepok duit 50 ngan 100.

Cerai Terus

"Takpe la...alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dgn talak 3.

Assalamualaikum"

Drop mic

Salam-salam terus gerak.

Tu la...Dah ada orang nak tu kire nasib baik la bai. Pompuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bustop pon boleh petik. Ko bukak wechat. Brape ramai yg serah diri free? Ko ingat laki-laki dalam drama kol 7 tu wujud ke?

Sumber: siakapkeli


Isteri Sibuk Kerja, Suami Henjut Si Adik Ipar 15 Tahun Dalam Rumah

2

Niat seorang pelajar perempuan yang ingin membantu kakaknya menjaga anak-anak mengundang bala apabila dia menjadi hamba seks oleh abang iparnya.

Lihat video di SINI

Mangsa yang berusia 15 tahun di telah diperkosa semenjak Mei 2014 membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung pada minggu yang lalu kerana sudah tidak tahan sering dir0gol oleh lelaki itu.

Mangsa yang berasal dari Pahang difahamkan sebelum ini bersetuju untuk membantu kakaknya yang menetap di Seksyen BB8, Bukit Beruntung.

Mangsa diminta menguruskan anak saudaranya yang masih kecil itu semasa kakaknya tiada di rumah kerana keluar berniaga.

Mangsa juga mendakwa dia telah dirogol berulang kali oleh lelaki yang berusia 30-an itu. Mangsa pernah cuba melarikan diri tetapi gagal kerana suspek menyembunyikan kunci rumah.

Suspek juga telah mengugut mangsa agar tidak menceritakan kejadian yang berlaku kepada kakak atau keluarganya di kampung.

Mangsa bagaimanapun bertindak membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap abang iparnya itu yang didakwa kerap menyeksa dan memukul kakaknya.

Awak Malas Saya Cari Orang Lain”Gurauan Terakhir Sebelum Ajal”

IO
Awak Malas Saya Cari Orang Lain”Gurauan Terakhir Sebelum Ajal”|”Awak ke tu,bukan awak kan,itu orang lain..awak dah janji apapun yang berlaku,awak tak akan tinggalkan saya” itulah luahan tunang Syah Samsudin 21 tahun seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar yang mati lemas di pukul ombak besar ketika mandi di pantai teluk senangin beberapa hari lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Muhammad Azizi Syahmi Samsuddin, 21, sedang berkelah di pantai berkenaan bersama 30 lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Seri Manjung.
“Ketika kejadian mangsa bersama empat lagi rakannya sedang mandi sebelum mereka dipukul ombak besar sehingga terkapai-kapai dalam air.
Selain dari pada ahli keluarga mangsa yang merasa sedih ,Nur Amalina Yasmin tunang mangsa Syahmi Samsuddin Yang bekerja sebagai juru rawat Turut Mengongsikan Coretan Untuk Arwah Lelaki yang di cintainya itu.
Gurauan Terakhir Sebelum Ajal
12495137_1033759390028272_94565283029793080_n (1)
10274321_1033759306694947_2239096075853361040_n

Berikut luahan tunang mangsa.
Al fatihah~

Asalamualaikum cinta.. Biy.. Awak baca taw apa yg syg nak tulis ni..
Bila teringat balik pertemuan kita 3 tahun lepas saya bahagia sangat. Masa tu awk tengah botak.. Mcm toyol.. Haha. Tapi bila syg teringat tarikh 22/3/2017 allahuakbar lillahitaala biy demi Allah syg lemah.. Syg gagal.. Gagal kawal perasaan.. Mesej terakhir yg biy hanta kat syg “syg..maafkan biy” alwys buat syg menangis.. Kenapa biy awal sgt awk tinggalkn syg.. Mcm mana dgn plan masa depan kita? Mcm mna dgn semua janji awk pd syg? Sapa nak tunaikan?
“biy. Kat mana?? Kelas ke?”
“ehh tak la.. kat hati syg”
“ehh biy! Besar sgt jersi ni”
“tak sebesar cinta biy pd syg”
Allahu. Kuatkan hati ini Allah. Redhakan hati.. Bukan niat melawan takdir.. Biy.. Maafkan syg.. Bukan niat syg nak susahkn biy kat sana tapi bagi syg waktu.. Syg janji syg akn bangkit semula..
Kali terakhir awk di rumah “ehh syg why makin sedap air kopi syg ni? Bancuhkan lg untuk biy.”
“azizi syahmi ini cawan yg ke-3 taw. Sejak bila awk suka kopi ni?”
“syg..ni semua password biy taw.. Syg simpan.. If pape jadi kat biy at least syg tau..”
“syg ambik baju biy ni.. Simpan taw.. Jangan basuh”
“syg.. Bila biy dah tak ad nnt syg mintk kebenaran kt ibu simpan phone biy k”
Allah allah allahhh.. Kenapa syg buta tak nampak semua tu biy.. Biy dah bg hint kt syg.. Emotikon frown
Biy.. Ini kali pertama dan juga kali terakhir nmpkny kita duduk kat pelamin.. Sbb peluang ni dah tak ada..
Tiada lagi senyum kambing awk.. Tak kan ad lg org yg korek hidung pakai jari syg.. Tak kan ad lg org kentut merata depan syg.. Tak ada lagi org yg akn tepuk dahi syg.. Tak kn ad lg org yg akn puji bila syg sarung uniform nurse.. Tak kn ad lg org yg akn teman syg makan sushi.. Tak kn ad lg org yg akn bwk syg p game rugby.. Tak kn ad lg org beli jersi rugby untk syg.. Tak kan ada biy sebab semua tu hanya ad pada awak..
Terima kasih Allah sebab pinjamkan kekasih hati ini walau seketika.. Anugerah yg plg indah.. Awk penah berjanji yg syg akn jd cinta terakhir awk.. Alhamdulillah awk tunaikan kerana di hujung nyawa awk syg la CINTA TERAKHIR tu.. Tenang lah awk di sana cinta.. Syg doakan biy sejahtera dn di tempat bersama org yg beriman dn mulia.. Selamanya awk cinta hati syg.. MUHAMMAD AZIZI SYAHMI SAMSUDIN.
al fatihah.Nuramalinayasmin.bunge

Perghh Gilerrrrr...Patut Pengantin Perempuan Mengamuk Sakan !!! Pasti Buat Ramai Terkejut BESAR Bila Tengok Komen² Pasangan Bergaduh RM15000 Nih..!!!!


\







Selasa, 28 Mac 2017

Ni ke pengatin pompuan rm15k yg tgh viral tu..??





Pengantin Ditumbuk, Wanita Mengaku Keluarga Pengantin Perempuan Tampil Beri Penjelasan Punca Kejadian



Sejak semalam menjadi viral di laman sosial, menurut Kosmo pengantin lelaki telah ditumbuk duit hantara tidak cukup.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga kedua-dua belah pengantin dikatakan bergaduh sesama sendiri selepas keluarga pengantin lelaki dikatakan mahu beredar dari masjid kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran yang diminta iaitu RM15,000.

Video pergaduhan berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.



Pergaduhan di Masjid Pantai Dalam antara kedua2 belah pihak pengantin kerana duit hantaran xcukup...Kredit: Kosmo Online
Posted by Siakap Keli Press on Sunday, March 27, 2017


Melihat kisah ini menjadi lebih luas, seorang wanita bernama Wanie Azwani yang mengaku sebagai saudara pengantin perempuan telah tampil memberi penjelasan menggunakan Facebooknya.


Beliau bersama kenyataan itu menyertakan tulisan yang didakwanya adalah kenyataan yang ditulis oleh Imam masjid Khadijah yang sepatutnya menikahkan kedua-dua pasangan ini.





Apapun, harap kes ini diselesaikan dengan cara elok, tidak perlulah bergaduh di dalam rumah Allah yang suci itu. Lagi satu kita diluar ini tidak tahu punca sebenar, elakkan dari buat kesimpulan sendiri. - Siakapkeli.my