Bicara Dara membicarakan tentang segala gala topik dari aktiviti harian, hobi.. keluarga,artis luar dan dalam negara dan juga mengenai gosip.
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Khamis, 30 Mac 2017
Jom Kita Akan Tinggalkan ASTRO.....Dekoder MYTV Dijual Dengan Harga RM200, Jun Ini
Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.
Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.
“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.
Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.
Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.
Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.
Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.
Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.
Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.
Rabu, 29 Mac 2017
Sayu : Luahan sayu Nurul Hasnani.. kenapa saya jadi mangsa ..saya pertahankan keluarga (4Gambar)
KUALA LUMPUR : Pergaduhan melibatkan kedua-dua keluarga pengantin yang tersebar dan menjadi viral di Internet adalah semata-mata untuk mempertahankan keluarga.
Pengantin perempuan, Nurul Hasnani Yazit, 21, berkata, keluarganya hanya bertindak daripada diserang oleh keluarga pengantin lelaki.
Menurutnya, dia tidak menyangka perkara itu menimpa keluarganya apatah lagi video bertumbuk antara bakal suami dan keluarga yang berdurasi tiga minit mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial.
“Terus terang saya sedih dengan apa yang berlaku, kawan-kawan juga ada bertanyakan kepada saya tentang kejadian itu kerana ia sudah tersebar.
“Saya tidak mahu cakap mengenainya dan rasa kami tidak akan berhubung semula lepas ni,” katanya ketika ditemui di rumahnya di PPR Kampung Limau di sini hari ini.
Dia mengulas tentang pergaduhan yang berlaku melibatkan keluarganya di Masjid Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.
Bagaimanapun, dia yang mesra dipanggil ‘Nani’ memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik dan ketika ditemui, raut wajahnya jelas menunjukkan kesedihan.
Semalam, akhbar melaporkan hasrat sepasang bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan musnah didakwa gara-gara wang hantaran tidak cukup sehingga menimbulkan salah faham dan mencetuskan pergaduhan antara kedua belah keluarga.
Bakal pengantin lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan gagal menyediakan wang hantaran RM15,000 seperti yang dijanjikan dan dipersetujui semasa sesi merisik pada Januari lalu.
Dalam pada itu, seorang wanita yang mendakwa keluarga kepada pihak perempuan dengan nama ‘Wanie Azwani’ turut memuat naik penjelasan daripada imam masjid berkenaan menerusi statusnya di laman Facebook.
Memetik kenyataan itu, punca pergaduhan dikatakan bukan disebabkan wang hantaran tidak cukup tetapi isu perjanjian yang gagal ditunaikan, selain pihak lelaki didakwa bercakap secara kurang sopan apabila ditanya mengenai baki wang hantaran tersebut.
Dalam pada itu, bapa Nurul Hasnani, Yazit Hasshim, 48, ketika ditemui berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
“Saya tidak mahu salahkan sesiapa, orang boleh bercakap apa saja tetapi biarlah kebenaran yang menentukan. Berdiam bukan bermakna saya salah atau mengalah.
“Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ini, apa pun saya hanya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, ibu saudara pihak lelaki yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka pemberian wang hantaran dijadikan isu sehingga pernikahan anak saudaranya terbatal.
“Saya mengenali Nurul Hasnani, dia pernah datang ke rumah sebelum ini. Saya masih terkejut dengan apa yang terjadi kerana hal seperti ini tidak pernah berlaku dalam keluarga kami.
“Perkara sebegini seharusnya diselesaikan dengan cara baik, bukan dengan emosi,” ujarnya.
Sementara itu, bakal pengantin lelaki masih gagal dihubungi kerana menurut ibu saudaranya itu, telefon bimbit milik anak saudaranya rosak akibat pergaduhan tersebut.-Utusan
Jumaat, 24 Mac 2017
Kisah Lelaki Ini Lakukan Kesilapan Ketika Menghadap Sultan Johor Di Meja Makan
Suatu masa dahulu pada bulan April 2010, saya ditugaskan untuk menyambut rombongan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang tiba di Hotel Intercontinental Dar Tawhid, Makkah untuk tujuan menunaikan ibadah umrah.
Tugas saya hanyalah memberikan minuman sahaja. Ketika itu, saya bertugas sebagai salah seorang staff Tabung Haji Travel di Jeddah. Bos saya pada masa itu sangat terrer. Dia pulang ke Malaysia, tapi dia dah lengkapkan segala jadual, bilik, kelengkapan, aturan dan tinggalkan kami dalam tugas pertama seumur hidup saya menjaga VVIP.
Segala pesanan beliau telah saya ingati dengan baik. Antara pesanan beliau adalah, ketika Tuanku usai tawaf, hulurkan air kerana mungkin Tuanku kepenatan dan keletihan. Itu adalah personal touch pertama yang saya belajar daripada beliau. Small thing, tapi Big thing.
Segala pesanan beliau telah saya ingati dengan baik. Antara pesanan beliau adalah, ketika Tuanku usai tawaf, hulurkan air kerana mungkin Tuanku kepenatan dan keletihan. Itu adalah personal touch pertama yang saya belajar daripada beliau. Small thing, tapi Big thing.
Saya masih ingat, Tuanku ucap terima kasih kepada saya sambil meneguk air zamzam yang sejuk fresh mengalir daripada telaga zamzam. Kami berada berhampiran dengan multazam.
Sejak dari itu, sejarah saya dengan negeri Johor telah bermula. Walaupun saya baru 2 kali sahaja ke negeri Johor sepanjang hidup saya, tapi berbual dengan Baginda, saya dapat merasakan sedang melihat negeri Johor betul-betul berada di hadapan saya.
Pagi yang hening, Tuanku panggil saya menghadap masuk ke dalam bilik santapan Baginda. Wajah Baginda menunjukkan tanda kerisauan melihatkan makanan yang dihidangkan sepanjang-panjang meja santapan.
"Ini siapa nak makan?" Soal Baginda kepada saya.
Saya sudah pucat dan saya dapat merasakan kaki dan jari tangan saya sudah mulai sejuk.
"Err..Err.. Tuanku dan keluarga. Err.. Err.. Saya, Eh. Patik pun tak tahu. Patik.. Saya.. Patik keluar dulu ya. Ampun Tuanku."
Itu perkataan yang paling formal boleh saya keluarkan di hadapan Baginda.
"Membazir ni. Makanlah. Mana habis saya nak makan semua ni. Duduklah dulu. Kita berkenalan. Saya tak kenal lagi kamu. Nama siapa?"
Sejak dari itu, sejarah saya dengan negeri Johor telah bermula. Walaupun saya baru 2 kali sahaja ke negeri Johor sepanjang hidup saya, tapi berbual dengan Baginda, saya dapat merasakan sedang melihat negeri Johor betul-betul berada di hadapan saya.
Pagi yang hening, Tuanku panggil saya menghadap masuk ke dalam bilik santapan Baginda. Wajah Baginda menunjukkan tanda kerisauan melihatkan makanan yang dihidangkan sepanjang-panjang meja santapan.
"Ini siapa nak makan?" Soal Baginda kepada saya.
Saya sudah pucat dan saya dapat merasakan kaki dan jari tangan saya sudah mulai sejuk.
"Err..Err.. Tuanku dan keluarga. Err.. Err.. Saya, Eh. Patik pun tak tahu. Patik.. Saya.. Patik keluar dulu ya. Ampun Tuanku."
Itu perkataan yang paling formal boleh saya keluarkan di hadapan Baginda.
"Membazir ni. Makanlah. Mana habis saya nak makan semua ni. Duduklah dulu. Kita berkenalan. Saya tak kenal lagi kamu. Nama siapa?"
Bermula dari itu, kami bertukar-tukar cerita dan saya asyik cerita pasal kamera saya sehinggalah saat Baginda panggil saya professor kerana berjaya menghidupkan internet dengan WiFi hotel pada iPad Baginda!
Saya tidak kenal Baginda dengan begitu rapat. Namun, banyak nasihat yang Baginda telah berikan kepada saya dalam hidup. Baginda begitu 'tak kisah' dengan siapa saya. Berbual seolah-olah saya rakannya.
Baginda juga menasihati saya dalam berbisnes, kita hendaklah mengetahui semua perkara dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besar operasi perniagaan kita. Jika tidak, kita akan senang ditipu dan dipermainkan.
Sejujurnya, saya ingin bertemu lagi dengan Baginda kerana ada amanah yang ingin saya sampaikan setelah diamanahkan satu kerja kepada saya. Namun, saya masih belum berpeluang untuk bertemu dengan Baginda.
Di hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22 November 2013, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang ke-55, Patik ucapkan Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan Ibrahim yang patik kenali.
Saya tidak kenal Baginda dengan begitu rapat. Namun, banyak nasihat yang Baginda telah berikan kepada saya dalam hidup. Baginda begitu 'tak kisah' dengan siapa saya. Berbual seolah-olah saya rakannya.
Baginda juga menasihati saya dalam berbisnes, kita hendaklah mengetahui semua perkara dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besar operasi perniagaan kita. Jika tidak, kita akan senang ditipu dan dipermainkan.
Sejujurnya, saya ingin bertemu lagi dengan Baginda kerana ada amanah yang ingin saya sampaikan setelah diamanahkan satu kerja kepada saya. Namun, saya masih belum berpeluang untuk bertemu dengan Baginda.
Di hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22 November 2013, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang ke-55, Patik ucapkan Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan Ibrahim yang patik kenali.
Gambar ketika kali pertama saya lihat dan pegang iPad. Apa ke benda ntah komputer ni? Sekeping tapi bijak betul!
Sabtu, 18 Mac 2017
'Nurul Izzah Berdiri Depan Saya, Nampak Buah Dada Bergoyang'
BARU-BARU ini seorang pengguna perkhidmatan awam (LRT) telah memuat naik komen yang memalukan berkenaan Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Beliau dinasihatkan agar mengunakan pakaian yang lebih longgar ketika mengunakan kenderaan awam bagi mengelakkan menarik perhatian lelaki lain.
Komen tersebut dimuat naik di Facebook, Imran Baihaqi. Menurut Imran, kemeja ketat yang digunakan Naib Presiden PKR ketika mengunakan perkhidmatan awam (LRT) baru-baru ini telah ‘mengganggu’ pengguna lelaki lain kerana jelas menampakkan bentuk buah dadanya.
“Yup saya satu train dengan Yb. Mula-mula sunyi sepi tapi tiba-tiba ramai orang dan tiba-tiba (orang) berpusu-pusu, tengok-tengok YB.. hihihi ada gak curi-curi snap (tangkap) gambar YB guna phone sebab YB berdiri betul-betul depan saya.
“Cuma nak bagi pandangan sikit alang-alang ni nak bagi tahu better lepas ini kalau YB masuk bersama orang ramai berlainan jantina yang terbaik YB pakai jaket atau baju yang longgar. Sebab waktu ini memang (saya) perasan yang YB pakai kemeja fit (ketat) ikut bentuk bdn (dan) agak nampak seksi sikit. Waktu YB pegang handle (pemegang) tu depan lelaki macam kamiagak nampak sendat baju YB dan terserlah benda-benda yang tak sepatutnya. Jelas nampak bentuk buah dada YB. Bergegar, bergoyang goyang bouncing depan mata saya waktu berasak-asak dan (ketika) train bergerak. Maaf (sebab) ingatkan kerana YB bertudung. Apa pun salute (hormat) dengan YB kerana tak macam pihak sana (yang) dikelilingi bodyguard (pengawal keselamtan) dan YB pula dekat (dihati) rakyat” luah Imran Baihaqi.
Terdahulu Nurul Izzah memuatnaik gambar beliau mengunakan Transit Aliran Ringan (LRT) kerana ingin menyahut seruan kerajaan.
“Mengikut saranan kerajaan untuk menggunakan kemudahan kenderaan awam bersama sama ketika orang awam menuju ke tempat kerja untuk mencari rezeki & menyumbang kembali kepada pertumbuhan ekonomi negara” uajrnya di laman Facebook miliknya semalam.
Majoriti pengguna Facebook turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Baihaqi.
“Sokong pandangan Imran” tulis Hanna Khafiq.
“Saya setuju dengan pandangan Imran Baihaqi, pandangan jujur tapi details nampak kasar” kata Ismail Mohd Najib
“Pemimpin yang turun ke akar umbi dapat merasakan kehendak dan keperluan rakyat. Hebat Nurul Izzah” ujar Jamal Kaimi pula.
Cubaan Nurul Izzah “berlakon” dalam LRT untuk meraih sokongan akhirnya mengundang cacian dan kejian dari pengguna LRT. Mungkin Nurul Izzah perlu lebih prihatin berkenaan pemakaian beliau kelak.
Rabu, 15 Mac 2017
Suami Hanya Menyorok Di Dalam Bilik Apabila Bhai Karpet Mencabul Saya..Ketahui apa yg berlaku selepas 1jam seterusnya..
Geram betul Admin bila dengar cerita macam ini. Kejadian ini betul-betul terjadi di kawasan berdekatan tempat tinggal sahabat admin.
Memang lumrah sekarang ini orang lagi suka ambil barang secara hutang berbanding tunai. Namun jika hendak mengambil hutang itu maklumlah banyak pula prosudernya jadi lagi menyukarkan bagi orang yang kurang berkemampuan.
Jika nak di bandingkan ambil barang secara hutang di kedai memang banyak syaratnya berbanding ambil barang dengan pakistan yang menjual barang dari rumah ke rumah.
Nak dijadikan cerita adalah sepasang suami isteri ini Sara dan Aiman mengambil barang rumah secara hutang dengan pakistan yang datang ke rumah mereka di sebabkan tidak mampu hendak membeli secara tunai.
Jadi tiap-tiap bulan mereka pun bayar ansuran barang tersebut dengan pakistan tersebut. Dalam masa empat bulan memang tiada masalah langsung bagi mereka untuk membayar ansuran tersebut kerana kedua mereka bekerja.
Masuk ke lima bulan membayar ansuran tersebut mereka mengalami masalah kewangan di sebabkan Aiman telah di buang kerja. Jadi Sara yang masih bekerja terpaksa menggunakan wang gajinya untuk menanggung segala keperluan mereka sementara Aiman mencari pekerjaan baru.
Ketika Sara sedang mandi terdengar ketukan di pintu rumah menyebabkan dia pun keluar dari bilik air dengan berkeadaan sedang berkemban. Apabila dia membuka pintu dia melihat pakistan tersebut yang kemudian meminta wang ansuran bulanan yang di janjikan sewaktu mengambil barang.
Namun Sara mengatakan bahawa duitnya masih belum cukup untuk membayar kepadanya. Manakala suaminya Aiman hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana tidak mampu untuk membayar wang kepada pakistan tersebut.
Mula-mula pakistan tersebut marah disebabkan tidak memperolehi wang daripada Sara tetapi apabila melihatkan keadaan Sara yang sedang berkemban itu. Tiba-tiba pakistan tersebut menanyakan adakah suaminya ada di rumah. Sara pun menjawab tiada kerana suaminya meminta dia berbuat demikian.
Bila tahu sahaja suami Sara tiada di rumah tiba-tiba pakistan itu masuk ke dalam rumah lalu memegang badan Sara serta melirikkan matanya dan berkata "Akak kalau tak mampu nak bayar tak mengapa kita setealkan dengan cara lain saja". anggap saja semua hutang akak dah langsai.
Dengan terkejutnya Sara bertanyakan cara apa nak langsaikan hutang. Lalu pakistan tersebut cakap "Senang saja akak cuma layan saya sekejap saja lepas itu kira hutang akak sama saya sudah langsai".
Sara terus menjerit dan menghalau pakistan tersebut keluar dari rumah.Manakala suaminya hanya mendengar perbualan mereka tanpa keluar membantu walaupun mendengar jeritan Sara yang ketakutan kerana khuatir pakistan tersebut mendesaknya membayar hutang.
Sara sangat terkilan dengan sikap suaminya yang tidak langsung keluar untuk membantunya.
Sara telah mengadukan kejadian ini kepada keluarganya apabila melihat suaminya langsung tidak mengambil apa-apa tindakkan terhadap pakistan tersebut.
Mendengarkan kisah Sara itu keluarganya ingin mengambil tindakkan terhadap pakistan tersebut namun pakistan tersebut telah terlebih dahulu menghilangkan diri.
p/s: mohon di sebarkan kelakuan pakistan ini agar tiada yang menjadi mangsanya lagi.
Sabtu, 11 Mac 2017
Senarai Anak-anak Menteri Yang Bermasalah?
Baru-baru ini, selain isu menjatuhkan Najib, topik perbincangan yang paling hangat di media sosial tak lain tak bukan adalah anak kepada Perdana Menteri iaitu Norashman Najib.
Menurut laporan, Norashman didakwa memberi arahan kepada pengurusan kelab malam terkenal Zouk yang bertempat di Singapura menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly dan Fila supaya set lagunya dapat dimainkan.
Kejadian dikatakan berlaku Sabtu lalu dan telah disebarkan di media sosial dengan video berkenaan disiarkan di Facebook dan You Tube.
Ia juga dilaporkan dalam portal hiburan Coconuts Singapura dan SAYS.com.
Pihak pengurusan Zouk dan anak Najib menerima kecaman daripada netizen, termasuk ada yang menyelar sejauh mana kewajaran anak PM bersikap sebegitu.
Oleh yang demikian, seorang netizen CARI Infonet mengatakan perkara tersebut membuatkannya teringat sememangnya terdapat beberapa anak menteri di Malaysia yang bermasalah dan boleh dijadikan ikhtibar.
1. Norashman Najib
Identiti : Anak bongsu kepada Datuk Seri Najib dan Rosmah
Latar belakang: Norashman pada umur 19 tahun, pernah mengambil kursus belajar bahasa Cina selama 3 minggu di Universiti Bahasa luar negara di Beijing, China. Bukan sahaja fasih berbahasa Cina, malah mempunyai nama Cina iaitu Ji Pin. Pada tahun 2011, Noraashman pernah bersama ayahnya Najib menerima undangan dalam sesi temubual di Stesen Radio Bahasa Cina,One FM, ketika itu, beliau pernah beritahu dirinya amat minat muzikal elektronik serta sering main piring putar di rumah.
Insiden : Deejay terkenal dari Mesir terpaksa tamatkan persembahan lebih awal, hanya kerana anak Perdana Menteri Norashman Najib ingin membuat persembahan juga.
Proses kejadian : Biarpun pihak pengurusan Zouk Singapura, kejadian itu hanyalah salah faham. Manakala pembantu kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor iaitu Rizal Mansor menafikan dakwaan bahawa Norashman memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan. Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, Norashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk. Tetapi DJ terbabit yang bernama Fadi, dalam akaun Facebook nya menyatakan : ” bukan salah faham, bos memang nak VIP adakan persembahan.”.
2. Mohd Nazifuddin
Identiti : Anak yang kedua kepada Najib dan isteri pertama Tunku Zainal
Latar belakang : Setelah dilantik menjadi pengarah bagi Syarikat Industri Harvest Court pada tahun 2011, harga saham berulang kali mencapai kenaikan yang terbaru dalam jangkamasa yang pendek. Difahamkan mana-mana syarikat tersenarai ada hubung kait dengannya, saham syarikat tersebut pasti akan meningkat secara mendadak, oleh itu Nazifuddin pernah suatu ketika diberi gelaran ‘Budak Cilik Pasaran Saham’.
Insiden : Pernah disyaki terlibat dalam kes penipuan mata wang U yang berjumlah lebih 4 billion.
Proses Kejadian : Menurut laporan Stesen TV Thailand (NOW26) pada bulan Mei 2015, menganggarkan Nazifuddin ada hubung kait dengan sindiket penipuan antarabangsa iaitu Ufun Group Bhd Ltd dalam kes penipuan yang membabitkan 120 ribu orang dengan wang berjumlah lebih 4 billion. Akan tetapi, kemudian ketika ditemubual Malaysiakini, dia mengatakan, dakwaan penipuan yang dikaitkan dengan dirinya, ianya mungkin adalah tindakan bermotif politik yang hanya untuk memburukkan namanya dan ‘serang’ keluarganya. Dia beritahu, biarpun dia pernah memegang jawatan eksekutif pengerusi untuk syarikat Sagajuta( Ufun dan anak syarikat Sagajuta adalah rakan kerjasama), tetapi dia telah lama meletakkan jawatannya pada 31 Mei 2012.
3. Nurul Hidayah
Identiti : anak perempuan kepada timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi
Latar belakang : Pernah dikatakan telah mengalami penceraian, sambil seorang diri membela 3 orang anak. Tetapi, susulan itu, Nurul telah menjelaskan dirinya memang ada 3 orang anak, tetapi masih beridentiti sudah berkhawin. Kalau tidak mengetahui kena lah tanya, jangan buat fitnah sesuka hati.
Insiden : Pernah mengutuk peserta Bersih 4.0 adalah ‘bodoh’ dan menyelar golongan pemuda tempatan bersikap ‘malas’.
Proses kejadian : Himpunan BERSIH 4.0 berlangsung pada tahun lepas 29hb Ogos, lebih ratusan ribu orang berjalan di jalanraya Kuala Lumpur untuk menggerakkan pembaharuan sistem yang sedia ada. Namun, Nurul Hidayah menerusi laman internet bukan sahaja menyelar mereka yang mengadakan himpunan sedang melakukan tindakan yang ‘bodoh’ dan sia-sia saja, malah juga menyindir mereka membuat protes di atas jalanraya hanya untuk hiburan bersama.
Februari tahun ini. Nurul Hidayah memberi sokongan padu ke atas sistem pekerja asing yang diperkenalkan oleh ayahnya Ahmad Zahid Hamidi. Tindakannya mengutuk pemuda rakyat Malaysia bersikap memilih pekerjaan dan malas, mengakibatkan dirinya dikecam oleh sebilangan besar netizen sehingga terpaksa menukar nombor akaun Instagram sebanyak 3 kali dalam masa satu hari, semata-mata untuk elak netizen.
4. Mohamad Nedim
Identiti : Anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Latar belakang: Pernah dilantik oleh ayahnya sebagai “pembantu khas” Kementerian Pelancongan, tetapi kemudian telah diubah menjadi ” pembantu khas kawasan pilihanraya” yang tidak menerima gaji daripada kerajaan.
Insiden : Pernah terlibat dalam kes memukul orang dan memiliki rumah dan kereta mewah.
Proses kejadian : Pernah terlibat dalam insiden memukul orang pada bulan Mac tahun 2012, difahamkan ketika itu dia sedang memandu sebuah kereta mewah jenama Porsche masuk ke dalam kondominium, diikuti belakang oleh sebuah kereta mewah MPV yang dipandu oleh pengawal peribadinya. Berikutan pihak penjaga keselamatan kondomidium bertegas untuk mengasingkan pendaftaran data peribadi pemandu bagi kedua-dua kereta tersebut, maka berlaku lah perterlingkahan. Pada masa itu, Nedim mencengkam leher menumbuk kepala pengawal sekuriti berkenaan akibat tidak dapat mengawal kemarahannya.
Pada 2013 pula, dia juga dibongkar membeli rumah mewah bernilai 7 million, tetapi teman wanita Nedim Nora Danish jelaskan, rumah mewah tersebut dibeli oleh Nedim dengan gabungan nama bersama orang lain untuk dihadiahkan kepada ibunya. Pada ketika itu, respond Dato Seri Nazri adalah perkara tersebut bukan sahaja tiada kaitan dengan dirinya malah beliau turut mengatakan biarpun apa yang dibeli oleh anaknya adalah “istana”, juga bukan masalahnya.
5. Dafi Ismail
Identiti : Anak kepada Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Latar belakang : Setelah menyertai Akademi Fantasia yang kelima, terus menjadi seorang penyanyi
Insiden : Mengeluarkan duit poket sendiri untuk mengadakan konsert
Proses kejadian : Disember tahun lalu, Dafi menubuhkan syarikat dengan mengadakan konsert yang terdiri daripada 5 orang penyanyi lelaki. Ada khabar angin yang tersebar menyatakan konsert tersebut diadakan dengan perbelanjaan keseluruhan bernilai 2.5 million tanpa tajaan. Namun demikian, Persoalannya, dari mana jumlah wang sebanyak itu diperolehi? – CARI Infonet
Jumaat, 10 Mac 2017
Senarai Pendapatan Perdana Menteri Tertinggi Di Dunia #Najib Tempat Ke Berapa?
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).
Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.
Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459).
Ahad, 26 Februari 2017
Punca Sebenar Filem Ola Bola Bakal Disaman ?
![]() |
| Pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow mengugut akan menyaman Ola Bola atas dakwaan filem popular itu menukar fakta. |
KUALA LUMPUR, 24 Feb — Pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow mengugut akan menyaman Ola Bola atas dakwaan filem popular itu menukar fakta.
Khalid Ali berkata tindakan undang-undang itu akan dibuat terhadap penerbit filem itu, yang mengaut kutipan belasan juta ringgit, selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa bekas pemain.
“Mana boleh fakta sejarah ditular sewenang-wenangnya. Contohnya watak Ali (dalam filem) adalah saya dan dalam filem itu saya menjaringkan gol kemenangan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.
“Walhal bukan saya, tetapi James Wong serta kita menang dengan 2-1 bukannya lain daripada itu. Mereka mesti menghormati sejarah dan perlu bertanggungjawab ke atasnya.”
Seorang lagi pemain negara zaman itu Hassan Sani juga mendapati beberapa fakta berkenaan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah, lapor Bernama minggu lepas.
Jaringan gol ketika Malaysia menumpaskan Korea Selatan dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 ialah dua gol berbalas satu tetapi dalam Ola Bola keputusannya 3-2.
Tambahnya, pemain yang menjaringkan gol kemenangan memakai jersi nombor 9 dan bukannya pemain jersi nombor 10 seperti dipaparkan dalam filem.
Gol itu dihasilkan melalui rembatan Wong setelah menerima hantaran lintang dari Hassan di kotak penalti Korea Selatan.
Wong juga dilaporkan berkata fakta sejarah pasukan Malaysia tahun itu tidak boleh diubah kerana ia boleh mengelirukan generasi muda.
Sejak ditayangkan pada 28 Januari lalu, Ola Bola dilaporkan mengutip RM12 juta setelah 18 hari tayangan.
Jumlah kutipan filem arahan Chiu Keng Guan yang masih ditayangkan dijangka bertambah. Filem arahannya The Journey mengutip RM17.3 juta pada 2014. – The Malay Online
Selasa, 21 Februari 2017
Sharifah Sakinah “Saya Tidak Akan PADAM Gambar Saya Di Tanah Suci Mekah Yang Jelir Lidah ” Inilah Komen Sharifah Sakinah Tentang Gambarnya Dikritik Peminat !!!
Namun pelakon Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 27, bertegas tidak akan memadamkan gambar yang dimuatkan di akaun Instagram miliknya lima hari lalu.
“Saya tidak akan padam gambar berkenaan kerana ia hanya menunjukkan saya seolah-olah melakukan kesalahan,” katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.
Pelakon “Girlfriend Aku Dari Neraka” itu bagaimanapun meminta maaf jika gambarnya, ketika berjalan di belakang Aliff Adha, menyebabkan perbalahan panjang di laman sosial.
Pasangan itu berada di tanah suci pada 1 hingga 15 Februari lalu.
Ramai pengguna sosial menganggap perbuatan itu tidak sopan tetapi Sharifah Sakinah berkata isu itu tidak perlu diambil serius kerana ia berlaku secara spontan.
“Ia langsung tidak menimbulkan isu kerana orang yang mengenali diri saya tahu saya seorang yang spontan.
“Ada yang memberi komen bahawa saya perlu mengubah diri saya ke arah yang lebih baik sejurus pulang daripada menunaikan umrah, tetapi saya tidak sesekali menyalahkan mereka yang membenci kerana masing-masing ada pendapat,” katanya.
Walaupun begitu, ramai juga peminat beliau yang mempertahankan gelagat pelakon tersebut.
Sharifah Sakinah membesar dalam keluarga seni. Kakak-kakaknya Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah terlebih dulu menceburi bidang lakonan dan pengacaraan televisyen.
Kredit : The Malay Mail Online
Isnin, 20 Februari 2017
Kerjasama Jatuhkan PM Najib… Inilah SYARAT Rafizi Yang Buat Tun Mahathir TERKEDU !!!
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya kini beralih untuk mencari sekutu baru untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Namun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak begitu berminat kecuali bekas perdana menteri itu bersetuju untuk satu perubahan total.
Semalam, ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir, mendakwa bekas PM itu bersetuju supaya parti-parti politik mengetepikan perbezaan dan berusaha untuk menurunkan Najib dari kuasa.
Mereka juga berpendapat bahawa perbincangan mengenai siapa yang patut menggantikan Najib diadakan selepas itu kerana jika dibuat di peringkat ini, ia akan menimbulkan pertikaian antara mereka.
Mengulas perkara ini, Rafizi menegaskan bahawa PKR sentiasa menyokong sistem, dan bukannya perubahan personaliti.
“Malah, kita menyaksikan bagaimana sokongan orang ramai terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi (sebagai pengganti Dr Mahathir) pada tahun 2004, telah menjunam negara menjadi semakin teruk setiap tahun untuk membawa di mana kita berada pada hari ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Sambil menekankan keperluan untuk perubahan sistem yang lengkap, Rafizi berkata perdana menteri ‘boleh buat apa yang dia lakukan dan terlepas” kerana sistem membenarkannya.
Katanya, beliau khuatir untuk berbincang, apatah lagi memberi komitmen terhadap sebarang rancangan yang akan merendahkan keutamaan agenda pembaharuan, sebagai pertukaran untuk seorang perdana menteri baru.
Rafizi berkata, ketika perkara ini dibincangkan, bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara demi perjuangannya untuk membawa pembaharuan tanpa sebarang kompromi dan bukannya perubahan personaliti.
Dalam hal ini, Rafizi berikrar untuk membantah sebarang cadangan yang mengkompromikan pembaharuan, di Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Sejak April lalu, Dr Mahathir telah memulakan kempen untuk menurunkan Najib selepas menuduhnya melakukan banyak salah laku.
Bagaimanapun, agenda bekas perdana menteri itu tidak mendapat tarikan dalam Umno walaupun beliau memberi amaran, jika Najib kekal di pucuk pimpinan, parti itu boleh dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Salah seorang penyokong kuat beliau, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, juga menggesa rakyat Malaysia untuk berdiri teguh di belakang Mahathir.
Beliau telah mencadang diadakan perhimpunan pada 27 Mac bagi menuntut perletakan jawatan Najib.
Perdana menteri telah menafikan dakwaan rasuah terhadapnya, dengan mengatakan ia direka untuk menjatuhkannya. KREDIT MALAYSIAKINI.
Namun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak begitu berminat kecuali bekas perdana menteri itu bersetuju untuk satu perubahan total.
Semalam, ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir, mendakwa bekas PM itu bersetuju supaya parti-parti politik mengetepikan perbezaan dan berusaha untuk menurunkan Najib dari kuasa.
Mereka juga berpendapat bahawa perbincangan mengenai siapa yang patut menggantikan Najib diadakan selepas itu kerana jika dibuat di peringkat ini, ia akan menimbulkan pertikaian antara mereka.
Mengulas perkara ini, Rafizi menegaskan bahawa PKR sentiasa menyokong sistem, dan bukannya perubahan personaliti.
“Malah, kita menyaksikan bagaimana sokongan orang ramai terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi (sebagai pengganti Dr Mahathir) pada tahun 2004, telah menjunam negara menjadi semakin teruk setiap tahun untuk membawa di mana kita berada pada hari ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Sambil menekankan keperluan untuk perubahan sistem yang lengkap, Rafizi berkata perdana menteri ‘boleh buat apa yang dia lakukan dan terlepas” kerana sistem membenarkannya.
Katanya, beliau khuatir untuk berbincang, apatah lagi memberi komitmen terhadap sebarang rancangan yang akan merendahkan keutamaan agenda pembaharuan, sebagai pertukaran untuk seorang perdana menteri baru.
Rafizi berkata, ketika perkara ini dibincangkan, bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara demi perjuangannya untuk membawa pembaharuan tanpa sebarang kompromi dan bukannya perubahan personaliti.
Dalam hal ini, Rafizi berikrar untuk membantah sebarang cadangan yang mengkompromikan pembaharuan, di Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Sejak April lalu, Dr Mahathir telah memulakan kempen untuk menurunkan Najib selepas menuduhnya melakukan banyak salah laku.
Bagaimanapun, agenda bekas perdana menteri itu tidak mendapat tarikan dalam Umno walaupun beliau memberi amaran, jika Najib kekal di pucuk pimpinan, parti itu boleh dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Salah seorang penyokong kuat beliau, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, juga menggesa rakyat Malaysia untuk berdiri teguh di belakang Mahathir.
Beliau telah mencadang diadakan perhimpunan pada 27 Mac bagi menuntut perletakan jawatan Najib.
Perdana menteri telah menafikan dakwaan rasuah terhadapnya, dengan mengatakan ia direka untuk menjatuhkannya. KREDIT MALAYSIAKINI.
Ahad, 19 Februari 2017
Pengantin baru tayang 'aksi' mukaddimah malam pertama di FB
Pengantin baru tayang 'aksi' mukaddimah malam pertama di FB
Tau la baru kawen dengan inai masih merah dijari tu dan dah dapat ‘bantal peluk’ sedap untuk tidur tiap malam-malam. Tapi tak payah nak menunjuk sangat hubungan ‘mesra’ atas katil tu kat orang lain.
Simpan untuk diri masing-masing sudah la, dimuatnaik gambar cenggitu menimbulkan fitnah pulak nanti. Tau-tau aje la mulut orang sekarang akan sembur aje kalau diorang rasa tu menyakitkan mata diorang untuk tengok.
Jangan sampai menimbulkan fitnah disebabkan pakai inai di jari tu just nak cover perbuatan terkutuk ye! Nak tangkap gambar tu memang tak salah tapi tak perlu nak berkongsi bagai.
Tau la media sosial tu tempat nak berkongsi sesuatu tapi orang lain tanak tau pun pasai hal-hal dalam selimut, buat orang rasa menyampah nak bagi kaki dengan tangan ada la!
Aurat tu dah la terdedah, takut nanti tak larat nak menanggung dosa aje. Nanti dah kena bertan-tan makian disembur baru nak sentap pulak. So, better jangan buat sesuatu yang buat orang rasa menyampah!
Sabtu, 18 Februari 2017
Video: Rakaman Saat2 Akhir Pengebumian Jenazah 4 Remaja Mangsa Kemalangan Yang Dilaporkan Hilang,,
Sebak: Rakaman peristiwa pengkebumian jenazah 4 remaja mangsa kemalangan yang dilaporkan hilang sejak 10 Februari 2017. Jenazah dijumpai pada pagi 17 Februari 2017 dan dikebumikan malam itu juga.Solat jenazah diadakan di Masjid Nurul Hidayah Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. Jenazah dikebumikan di Masai dan Permas Jaya.
Admin turut serta berada di tempat kejadian. Sayu hati dan turut empati terhadap keluarga mereka. Visual jenazah dikaburkan dalam video ini bagi menghormati keluaga jenazah.
Sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa. Doakan ketabahan buat keluarga jenazah. Amin...
Jumaat, 10 Februari 2017
Akhirnya! Mukhriz Dedah Punca Kejadian Sebenar Disebalik Beliau Letak Jawatan MB Kedah!
Video Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mendedahkan kisah sebenar disebalik kejadian beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Admin: Maaf audio dan gambar kurang jelas.. rakam guna hp
Mukhriz Dedah Disebalik Kejadian Beliau Letak Jawatan MB Kedah
Video Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mendedahkan kisah sebenar disebalik kejadian beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.Admin: Maaf audio dan gambar kurang jelas.. rakam guna hp :)
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, February 9, 2017
Jumaat, 3 Februari 2017
RM750 Utk Semua Rakyat KELANTAN SAHAJA Berumur 21-55 tahun - BR1K (Bonus RAKYAT 1 KELANTAN)
RM750 utk semua rakyat KELANTAN SAHAJA berumur 21 hingga 55 tahun, I/C Kelantan ...
sila rujuk link dibawah untuk permohonan. Siapa yg belum mohon sila isi borang. Permohonan
dibuka hingga 29 APRIL 2017
Semak Disini : https://i.chzbgr.com/maxW500/7423771648/hF090433B
#sila share....pakat isi cepatt
buleh rasa duit kerajaan negeri pulak... tahniah org Kelantan. Khas tok org kelantan.
Laju jah klu bak2 pitih2 pree nih, pakat kno la skali sorg, Hehehehe...
Sabtu, 28 Januari 2017
Jumaat, 27 Januari 2017
Kes Derma RM2.6 Billion SELESAI!! Ini PERTANYAAN Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!!
#Kes Derma RM2.6 Billion SELESAI!! Ini PERTANYAAN Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!! | Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjelasan peguam negara bahawa Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan diterimanya kepada kerabat diraja Saudi.
#“Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.
#“Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?” soalnya.
#Beliau juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura sebagai sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.
#Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali semalam berkata US$620 (RM2.03) daripada AS$681 (RM2.60 Billion) yang diterima dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.
#Pada 22 Julai lepas, Reuters melaporkan polis Singapura membekukan dua bank akaun susulan siastan terhadap dakwaan salah urus kewangan dan rasuah berkaitan 1MDB.
#Selain itu, Mahathir juga mengakui terkejut dengan keputusan peguam negara yang memutuskan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah apabila wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
#“Mempunyai sejumlah wang seperti itu di dalam akaun perdana menteri pun sudah menjadi kesalahan walaupun ia mungkin bukan jenayah.
#“Tetapi peguam negara sekarang mengumumkan wang tersebut merupakan hadiah daripada Arab Saudi.
#“Dan peguam negara membuat kesimpulan bahawa tiada kes untuk Najib menjawab. Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes itu dan hentikan siasatan,” katanya lagi.
#Bekas pemimpin negara itu juga secara sinis mempersoalkan SPRM yang sepatutnya menjadi sebuah badan bebas tetapi dilihat seolah-olah menerima arahan daripada Apandi.
#“Saya fikir SPRM adalah sebuah badan yang bebas. Tetapi kini ia seolah-olah berada di bawah peguam negara dan mengambil arahan daripada dia.
#“Tidak hairanlah Malaysia termasuk di kalangan sepuluh negara yang paling korup di dunia. Badan pencegahan rasuahnya tidak bebas,” kata Mahathir lagi. KREDIT PORTAL MALAYSIA KINI.
Khamis, 26 Januari 2017
Tiada GST Ke Atas Amaun Tambah Nilai Touch ‘n Go
PETALING JAYA – Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan terhadap amaun tambah nilai Touch ‘n Go.
Touch ‘n Go Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata GST enam peratus bagaimanapun akan dikenakan ke atas caj perkhidmatan tambah nilai oleh ejen-ejen Touch ‘n Go tertentu.
“Kami ingin memaklumkan bahawa GST tidak dikenakan ke atas amaun tambah nilai.
“Walau bagaimanapun, GST dikenakan ke atas RM0.50 caj perkhidmatan tambah nilai oleh ejen seperti peniaga runcit, stesen minyak atau pihak bank yang terlibat (untuk tambah nilai automatik kad Zing & tambah nilai di ATM & CDM),” menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu muncul selepas gambar sekeping notis yang menyatakan bahawa GST akan dikenakan terhadap tambah nilai Touch ‘n Go telah menjadi viral di internet pada Rabu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa tambah nilai tanpa caj boleh dibuat di Hab Touch ‘n Go, Touch ‘n Go SPOT, lorong tambah nilai di plaza tol, semua stor Tesco Malaysia, semua kedai serbaneka di Watsons Malaysia, KK Super Mart, Guardian Malaysia, stesen minyak Petronas terpilih, Kiosk Layan Diri (SSK), ATM dan CDM (CIMB sahaja).
Tempat lain yang akan dikenakan caj adalah di seluruh 7-Eleven Malaysia di Semenanjung Malaysia, semua Pasaraya Besar Giant Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Bhd, semua myNEWS.com, kedai 99 Speedmart terpilih, stesen minyak (BHP, Caltex, Petron, Petronas dan Shell), ATM dan CDM (Ambank, Bank Muamalat, Maybank dan RHB) serta peniaga runcit atau ejen yang sah.
Sementara itu perunding khidmat pelanggan Touch ‘n Go careline, Azry Hashim ketika dihubungi mStar Online berkata beliau telah menerima beberapa panggilan daripada pengguna yang meminta penjelasan berhubung perkara ini pada Rabu.
Katanya, ramai yang keliru dengan perkara ini dan beliau telah memberikan penerangan mengenainya.
“Sebelum ini, di tempat tertentu, ejen kita telah mengenakan upah tambah nilai sebanyak RM0.50 tidak kiralah berapa amaun tambah nilai pelanggan.
“Saya terangkan kepada mereka bermula 1 Januari depan GST enam peratus akan dikenakan terhadap caj tersebut di mana pelanggan perlu membayar sebanyak RM0.53,” katanya.
Ekoran gambar yang tersebar, ramai netizen menyatakan rasa tidak puas hati jika ia dilaksanakan dengan menyatakan rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. – mstar
Isnin, 23 Januari 2017
Tukang Masak Dedah Bil Makan Malam Rumah Perdana Menteri RM 19284.80 Sehari?
Tersebar di internet kononya bil makan di rumah perdana Menteri bernilai lebih 19k.. adakah ini benar??
Makan nak sedap. Sampai 19 ribu dia guna wang pembayar cukai untuk mencekik. Tapi pada rakyat, dia potong subsidi sana sini atas alasan ia membebankan kerajaan. Pale b*** betui. Duit cukai rakyat bayar. Kami pula beban pada kau. Padahal ko la yg membebankan kami sebab nak tanggung kos ko sekali mencekik je dah dekat 19k. Phui.
Bukan kata nak potong, malah naikkan lagi gaji wakil rakyat. Itulah dia Najib yang kita kenali. Bukan kata nak berjimat bahkan siap beli jet baru lagi. Konon atas alasan kegunaan. Bukan kata nak pecat 9 penasihat khas yang tak berperanan dalam kabinet, siap usik subsidi rakyat pula.
If you prefer to order ala-carte rather than taking Me'nate Steak Hub's set meals, then you can choose from their wide range of meat available. I was rather impressed by the Matsusaka Wagyu priced at RM4800 per kg, seen in the picture above priced at RM1008 for 0.21 kg. Do drop by Me'nate Steak Hub this Ramadan to try out their beautifully cooked steak and meat.
Dalam masa yang sama mahu kita percaya padanya.
Dalam masa yang sama mahu kita yakin pada kepimpinannya.
Kritik sikit, terasa.
Sindir sikit, KPN mencari.
Tolong la Najib.
Kau mahu dihormati atau ditakuti?
Kau mahu orang hormat kau kerana kebijaksanaan kau mentadbir negara atau kau mahu orang takut pada kau kerana kezaliman kau?
Ini kata Zaharin. Status berkenaan viral di sosial media.
Jujur aku cakap. Aku tak ingat sangat macam mana Mahathir mentadbir negara neh. Zaman budak sekolah kita mana peduli bab politik. Tapi apa yang aku tahu zaman Mahathir mentadbir negara memang berbeza dari zaman Najib dan Pak Lah.
Aku ingat lagi. Jika harga minyak perlu dinaikkan. Mahathir memilih naikkan 1 sen, 2 sen, dan sewaktu dengannya. Tak pernah dia naikkan 78 sen macam Najib naikkan ketika Pak Lah jadi PM suatu ketika dahulu. Gila kot. Siapa boleh terima bila kau naikkan minyak 78 sen sekaligus. Mendadak macam tu. Kat situ aje dah membuktikan betapa pentingnya diri pentadbiran negara selepas era pemerintahan Mahathir berakhir.
Aku tak nafikan. Mahathir ada banyak kepincangan juga dalam pemerintahan. Selepas dia bersara sebagai PM, banyak kepincangan-kepincangan yang dia lakukan sepanjang menjadi PM terbongkar satu per satu.
Kat situ kita dah boleh nilai. Betapa UMNO dan corruption berpisah tiada.
Tapi itu tak mewajarkan tindakan Najib yang kian menyusahkan rakyat pada zaman sekarang. Apa yang Mahathir buat dalam era dia, ialah apa yang dia buat. Apa yang Najib buat dalam era dia, ialah apa yang Najib buat. Masing-masing perlu tanggung akibat masing-masing.
Masalah dalam pentadbiran Najib sekarang neh ialah dia terlalu pentingkan diri sendiri. Sangat pentingkan diri sendiri. Bermula dengan subsidi gula, subsidi petrol dan kini subsidi beras, subsidi minyak masak dan beberapa subsidi-subsidi lain mula dihapuskan secara berperingkat.
Penghapusan subsidi ini diwajarkan dengan alasan penyelewengan. Tetapi sikit pun taknak sebut yang kerajaan kehilangan wang akibat pemborosan, ketirisan dan salahlaku dalam pentadbiran. Sikit pun taknak sebut atau akui. Taknak. Hanya rakyat aje bersalah dari dulu dan kini. Sampai bila-bila pun begitu.
Kita boleh nampak kegagalan projek NFC. Tiada sesiapa akhirnya dipertanggungjawabkan. 250 juta itu sekarang jadi apa? Di mana? Siapa kena bayar semula?
Kita boleh nampak kegagalan projek seperti 1Bestari, kegagalan projek komputer riba 1 Malaysia, tablet 1 Malaysia, portal banding harga barang 1 Malaysia dan banyak la projek2 lain sehingga tak tersebut, tak teringat. Kesemua wang-wang tersebut jadi apa? Siapa bertanggungjawab? Siapa kena bayar semula?
RAKYAT LA.
Rasionalisasikan subsidi apa semua untuk tampung kehilangan wang negara. Balik2 korek wang dari poket rakyat. Rakyat kan semua kerja senang aje. Petik duit dari pokok. Bukan macam menteri yang kerja siang malam rasmi tiang elektrik pun ada. Ahmad Maslan pun siap buat 3 kerja untuk cari duit.
Bayar GST pun haram berguna. Hapuskan subsidi petrol pun takde kesan. Time minyak naik rakyat diasuh minda, dipaksa fikir bahawa kita perlu membayar harga minyak ikut pasaran dunia, tetapi ketika harga minyak turun, apa kesan positifnya pada rakyat? Apa kelebihan yang kami terima? Ringgit pun turut jatuh. Menteri punya biol siap boleh gembira lagi sebab ringgit jatuh. Dan rakyat membayar gaji dia lagi. Hanya untuk melihat dia mengeluarkan kenyataan yang bodoh lagi membodohkan.
Aku tak faham. Kenapa bukan Najib potong gajinya terlebih dahulu kerana gagal mentadbir negara ini seperti Mahathir pernah lakukan pada suatu ketika dahulu? Najib patut mulakan penjimatan dari diri dia kemudian beralih kepada kementerian dia dan kementerian2 lain. Itu baru betul bahawa kamu mendengar denyutan nadi rakyat. Bukannya potong subsidi rakyat lepas tu pongpang buat iklan, kempen yang kamu memahami masalah rakyat. Seriyus macam gampang.
Kalau boleh potong kepala kamu sendiri pun lebih baik, Najib. Kalau pun kita masih tak berjaya selesaikan masalah kewangan yang membelenggu negara sekurang2nya kita hilang satu pemimpin yang membuatkan rakyat merana. Seriyus aku cakap ini dari jiwa.
Tahukah anda, hidangan Steak di Me’nate ini merupakan air tangan dari pakar Daging Istana Ratu Elizabeth?
Maka terdapat golongan tertentu yang merasakan harga yang dikenakan sangat berbaloi kerana kepakaran tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, Pemilik restoran Me’nate, Mustaffa Othman merupakan seorang pakar daging yang pernah berkhidmat di Istana Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London.
Beliau telah berhijah ke London pada tahun 1989 demi mencari pengalaman dan pelajaran dalam bidang yang dicintainya, walaupun pada ketika itu tahap kewangan boleh dikira serba kekurangan dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.
“Sebelum membuat keputusan ke luar negara, saya memiliki perniagaan daging di pasar Subang Jaya. Bagi menimba pengalaman di luar negara dan menambah pengetahuan, saya menjual perniagaan itu kepada orang lain. Hasil penjualan saya gunakan untuk membeli tiket kapal terbang.
“Saya bukan jenis kenal erti takut, lantas saya tinggalkan keluarga di Kuala Lumpur serta pergi ke London tanpa duit poket.
“Sebaik tiba di sana, saya tidur di merata-rata tempat kerana ketiadaan wang untuk menyewa hotel atau mempunyai kenalan hampir seminggu.
“Waktu itu, sebenarnya saya ke sana untuk mendalami ilmu ‘master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta.
“Ia bukan berkaitan hal akademik sepenuhnya, sebaliknya mengenai kemahiran menguruskan daging, bermula daripada lembu beranak hingga ke dalam pinggan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Jalan Kerja Air Lama Satu, Ampang.
Menurut Mustaffa, semasa di sana beliau akan belajar pada waktu siang dan akan bekerja sebagai pemotong daging pada waktu malam di sebuah kedai milik seorang warga Pakistan di London bagi menampung keluarganya di Malaysia.
Waktu bekerjanya ialah dari pukul 3 pagi sehingga 7 malam dan beliau enggan bekerja dengan pemilik kedai bukan muslim kerana risaukan memotong daging haiwan yang haram.
Allah kurniakan rezeki yang terhebat apabila Mustaffa telah ditawarkan bekerja dengan Dawn Group of Companies pada 1991 dengan jawatan dan gaji lebih tinggi.
Syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal daging yang tersohor di England di mana mereka merupakan pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth.
“Sebelum saya bergelar pemotong daging saya telah diuji terlebih dahulu apabila ditinggalkan di dalam sebuah bilik yang mempunyai paha lembu, sebilah pisau dan batu asah.
“Saya tidak menyedari it sebenarnya adalah satu temuduga di mana saya hanya diberikan 10 minit untuk memotong daging tesebut dan saya pun memotong daging tersebut dengan saiz sederhana kecil.”
Meskipun kepakarannya terbukti, kerjaya Mustaffa bermula daripada bawah iaitu di seksyen pembungkusan daging sebelum naik ke tahap seterusnya.
“Cara orang Barat mengendalikan daging jauh berbeza dengan negara kita. Mereka tiada masalah kesihatan jika memakan daging berbanding rakyat kita yang dimomokkan pengambilannya mengakibatkan penyakit.
“Di sana, lembu yang disembelih akan melalui ‘aging process’, kemudian dingin beku selama tujuh hari. Selepas itu baru daging dipotong dalam skala kecil dan dimasukkan ke dalam plastik vakum selama tujuh hari.
“Pada hari ke-15, baru daging berkenaan dijual di pasaran dan selamat dimakan kerana darah aktif mati pada hari ke-21. Daging memiliki banyak khasiat, oleh itu penting bagi kita mempelajari bagaimana menguruskannya,” katanya yang dipetik Harian metro.
Madame Tussauds employee Lisa Burton poses with a paintbrush on a new figure of Britan's Queen Elizabeth, produced in honour of her Diamond Jubilee in London
Beliau terut memberi tahu bahawa Ratu Elizabeth memegang status Duli Teramat Mulia, jadi segala perkara membabitkan kerabat diraja harus dilakukan orang berkemahiran dan terbaik untuk berkhidmat di mahligai bagi memastikan ‘kemuliaan’ itu.
“Disebabkan kemuliaan itu, tiada perkara mahupun makanan kotor memasuki istana, termasuk daging khinzir.
“Ratu Elizabeth dan kerabat sememangnya tidak memakannya kerana tahu ia makanan paling kotor di dunia. Mereka juga hanya meminum alkohol (arak) untuk memanaskan badan, bukan tujuan mabuk.
“Ketika itu saya dan seorang lagi sahabat dari Australia bertanggungjawab dalam hal berkaitan daging, sama ada memotong, memasak mahupun menghidang, dan kami bertugas secara bergilir-gilir.
“Dua tahun setengah saya berkhidmat di istana, sewaktu bertugas saya berpeluang bertemu Ratu Elizabeth. Dia memanggil saya dengan nama Usman dan juga mesra bertanya soalan kepada pekerjanya,” katanya yang berusia 61 tahun.
Dalam penyediaan makanan kepada Ratu semua memerlukan protokol dimana tangan kanan di dada, tangan kiri di belakang badan yang bertujuan memastikan kuku tukang masak bersih. Tatkala menjawab soalan dilontarkan Ratu Elizabeth, dilarang sama sekali mengerdipkan mata.
Menurutnya, berpeluang bekerja di istana mengajar dirinya mengenai etika, kepatuhan, kebaikan, kebersihan. Menafikan sebarang kesukaran mengerjakan ibadat, Mustaffa berkata, mereka di sana lebih menyukai pekerja yang mematuhi perintah agama masing-masing.
“Bayangkan surau yang disediakan di istana untuk tiga pekerja Muslim jauh lebih indah daripada rumah saya hari ini. Pengalaman di sana adalah perkara terbaik mendidik diri saya.
“Selepas dua tahun setengah berkhidmat di istana, saya membuat keputusan kembali bekerja di syarikat (Dawn Group of Companies). Dengan kedudukan kewangan stabil, saya mampu pulang ke Malaysia sebulan sekali sepanjang tempoh 11 tahun di perantauan.
“Pada 2000, timbul isu penyakit lembu gila dan saya diberi cuti setahun apabila kilang tutup, namun masih menerima 10 peratus gaji. Saya pulang ke Malaysia dan enggan kembali ke sana,” katanya.
Membuka Me’nate Steak Hub enam tahun lalu, Mustaffa ingin menawarkan perkhidmatan makanan daging halal dan segar kepada masyarakat Muslim khususnya.
Diusahakan bersama teman dan dibantu empat cahaya matanya berjaya mengekalkan kestabilan restorannya hingga berjaya membuka cawangan di Wangsa Maju membawa nama Meet U Here.
Memilih kerjaya pakar daging, Mustaffa mengakui kesusahan hidup keluarga pada masa lampau yang tidak mampu membeli daging kecuali ihsan dan hari raya korban, membuatkan dirinya meminati daging.
Berkenaan dengan harga yang ditawarkan terlalu mahal, sebenar harga sepotong daging jenis Matsusaka Wagyu yang dimasak sememangnya tersangat mahal.
nate wm
Jadi padanlah dengan harga yang ditawarkan, memang daging yang terbaik digunakan oleh beliau dalam masakkannya.
Buat anda yang gemarkan steak daripada daging jenis ini, pastikan anda tidak lupa membawa kad kredit atau pesan aje menu biasa yang lain, pasti ada yang termampu dan jangan khuatir kerana ia pasti sangat sedap.
Langgan:
Catatan (Atom)



































