Jumaat, 10 Mac 2017

Senarai Pendapatan Perdana Menteri Tertinggi Di Dunia #Najib Tempat Ke Berapa?



Disebalik sebalik pemerintahan negara masing-masing, Perdana Menteri diberi kuasa dan juga peranan penting untuk membangunkan negara untuk lebih maju kehadapan dan juga dpt memenangi hati rakyat di negara tercinta. Disini Malaysiaviralstory kongsikan ganjaran atau gaji sebenar Perdana Menteri yang menerima gaji lumayan yang dibayar oleh negara.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).

Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.

Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan