Bicara Dara membicarakan tentang segala gala topik dari aktiviti harian, hobi.. keluarga,artis luar dan dalam negara dan juga mengenai gosip.
Khamis, 30 Mac 2017
Punca Aaron Aziz Diserbu Dan Filem Romeo Kota Dihalang
Mengenai tindakan serbuan yang disifatkan seperti gengster oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham, Abdul Rahim menjelaskan: “Mana-mana orang yang menyalahi undang-undang, mana ada mereka diberitahu. Baik polis mahupun penguat kuasa lain.”
“Seperti penjual CD haram, sebelum serbuan, mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Kalau maklum dulu, orang yang mengambil tindakan itu, tak buat kerjalah,” katanya.
Beliau juga menyentuh soal Ahmad Idham yang tidak faham tentang prosedur sedangkan pengarah itu sudah menjadi ahli FDAM selama 10 tahun.
“Prosedur tak pernah berubah. Dia sepatutnya faham kerana dia ahli lama. Dia menjadi ahli sejak 2002 bermakna sudah 10 tahun menjadi ahli.“Apabila dia tak faham, ini tak masuk akal. Sepatutnya dia peka terhadap perkara-perkara ini,” katanya-sinarharian
EKORAN kenyataan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang mendakwa pelakon terkenal, Aaron Aziz mengarah tanpa permit kelmarin, pelakon tersebut membuka mulut melalui laman sosial, Instagram miliknya, hari ini.
Aaron memuat naik gambar resit pembayaran yang dibuatnya pada 12 April lalu untuk mendaftar sebagai ahli FDAM.
Pelakon filem Ombak Rindu itu turut mempertikaikan tentang keperluan memiliki permit untuk mengarah filem ekoran sudah memiliki PR.
“Bila nak buat kenyataan sila ‘check’ dulu. Nak mengarah kena ada permit ke? Sedangkan KDN beritahu saya bahawa sebagai Penduduk Tetap (PR) di Malaysia, saya dapat manfaat yang sama dan boleh kerja apa-apa pun, cuma tak boleh mengundi.
“Dan, saya akan rujuk, kenapa saya perlu bayar sebanyak RM1,500 kalau saya boleh dianggap bukan pekerja asing,” tulisnya.
Lokasi penggambaran filem Romeo Kota arahan, Aaron telah diserbu pada 3 April lalu ekoran mengarah tanpa berdaftar dengan FDAM.
Pada 12 April lalu, pendaftaran keahlian dibuat Aaron dengan membayar yuran sebanyak RM 1,500.
Kelmarin, selaku penerbit, Ahmad Idham turut mempertikaikan tindakan pihak terbabit yang menyerbu lokasi penggambaran filem terbitannya itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden FDAM, Abdul Rahim Awang mengakui pihaknya telah menerima permohonan daripada pelakon kelahiran Singapura itu pada 12 April lalu.
Namun, keahliannya itu masih belum diluluskan kerana perlu melalui prosedur FDAM.
“Kami ada terima permohonan tapi ia belum diluluskan kerana prosedur FDAM… yang berhak meluluskan adalah mesyuarat bulanan AJK.
“Kelulusan bergantung pada mesyuarat bulanan. Selalunya kami buat pada Sabtu pertama setiap bulan. Jadi, kalau dia hantar selepas 7 hari bulan, bermakna, pada bulan depan (7 Mei) baru kami boleh luluskan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga memberitahu bahawa borang yang dihantar pada 12 April itu tidak lengkap.
“Borang yang dihantar itu juga tidak lengkap kerana dalam borang itu kita perlukan lima perkara. Profil diri, tiga keping gambar berukuran pasport tapi dia beri sekeping saja. Salinan kad pengenalan dia beri tapi salinan sijil pendidikan tidak beri. Yang terakhir adalah kerja yang telah dihasilkan dalam format DVD.
“Kami ada prosedur, bukan mencari musuh. Kami bukan nak sekat dia daripada mengarah, cuma, dia kenalah ikut prosedur. Itu saja,” katanya yang menegaskan bahawa sesiapa yang mahu mengarah perlu menjadi ahli FDAM.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan