Rabu, 29 Mac 2017

Rosyam Nor Bakal Terima Menantu Sulung



Tahniah Mangga ucapkan kepada pelakon terkenal Rosyam Nor dan isterinya, Runika Mohd Yusof yang bakal menerima menantu sulung pada 12 Mei ini. Anak perempuan mereka, Arniesha Azureen, 23, bertemu jodoh dengan, Mohd Hafiz Mohd Said , 28, dari Melaka.

Majlis meraikan kedua pengantin itu bakal berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak pada 18 Mei ini. Mereka bertunang pada Oktober tahun lalu.

Rosyam Nor bertemankan pembantunya, Julia Juhasu datang sendiri menghantar kad undangan majlis resepsi ke syarikat-syarikat media. Kad berwarna kuning cair itu menampilkan foto Arniesha dan Hafiz tersenyum girang dengan berpakaian putih ala 60-an.

Kata Rosyam, walaupun masanya agak terbatas tetapi dia tetap mahu menghantar sendiri kad majlis perkahwinan itu memandangankan hubungannya yang akrab dengan media.


“Datang sendiri, menghantar sendiri dan menjemput sendiri dengan mulut lebih afdal sebab rakan-rakan media ni dah jadi kawan-kawan saya. Jadi, saya memang mahu mereka datang sebagai rakan-rakan yang meraikan perkahwinan anak saya, bukan datang berkerja atau membuat liputan tau.

“Urusan perkahwinan rupanya tak semudah yang dilihat. Memang banyak betul kerjanya. Tapi tak mengapalah, saya seronok sebab nak dapat menantu sulung walaupun banyak yang perlu diuruskan.

“Apa yang penting, saya harap majlis ini akan berjalan lancar tanpa cacat-cela dan semua tetamu berpuas hati .’’

Mangga pasti akan datang ke majlis ini demi Rosyam Nor yang sangat menjaga baik hubungannya dengan pihak media. Tahniah Rosyam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan