Rabu, 22 Mac 2017

Mengigil badan bila dapat panggilan dari pengasuh bagitahu anak jatuh dari tingkat 14



PUTRAJAYA, 21 Mac: Seorang kanak-kanak empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah blok perumahan penjawat awam di Presint 5 di sini pagi tadi.
Kanak-kanak itu difahamkan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi tadi di Hospital Putrajaya akibat pendarahan dalaman.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring sambil merengek menahan kesakitan oleh seorang pekerja pembersihan, Yati, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Menurut pekerja itu, dia ternampak kanak-kanak itu ketika sedang menyapu di kawasan tempat letak kereta.

"Saya tertanya-tanya mengapa dia terbaring di situ. Apabila dihampiri, saya tergamam melihat muka kanak-kanak itu sangat pucat dan dia merengek seperti menahan kesakitan

"Saya terus memanggil rakan yang berada berdekatan dan mengangkat kanak-kanak ke kawasan berdekatan kedai

"Seorang penduduk kemudian terus membawa kanak-kanak itu ke hospital," katanya -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan