Bicara Dara membicarakan tentang segala gala topik dari aktiviti harian, hobi.. keluarga,artis luar dan dalam negara dan juga mengenai gosip.
Rabu, 29 Mac 2017
Mangsa Kemalangan Faderal Highway : Status Terakhir di FB...AL FATIHAH
Kemalangan ngeri yang berlaku pada awal pagi 21 April lalu di Lebuhraya Persekutuan pastinya mengejutkan rakyat Malaysia.
Tragedi ngeri itu telah mengorbankan 5 orang mangsa.
Tragedi tersebut pastinya mengejutkan rakyat Malaysia apabila ada diantara mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan serius seperti terputus kaki dan pelbagai lagi.
Ada orang yang mengatakan, seseorang yang bakal menemui ajal sering menunjukkan perubahan menerusi tingkah laku atau kata-kata.
Dalam kata lain dipanggil ‘petanda’.
Adakah perkara itu masih lagi rasional? Atau kita sahaja yang sering tidak perasan dengan petanda-petanda yang ditunjukkan oleh si mati sebelum menemui ajal.
Perkara tersebut disedari oleh rakan-rakan salah seorang mangsa kejadian, Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21 menerusi ‘update’ di Facebook mangsa.
“Malam minggu?? **’flying high’ sambil2 berbaring atas si gemok..,” itulah ‘update’ terakhir arwah menerusi akaun Facebooknya.
Adakah ‘flying high’ yang dimaksudkan oleh arwah itu pergi untuk selama-lamanya.
Jika dilihat pada update tersebut, jelas menunjukkan itu merupakan petanda yang arwah berikan kepada rakan-rakannya.
Menerusi update itu juga, ramai rakan-rakan arwah mengucapkan takziah.
Persoalan timbul, siapakah si gemok yang maksudkan oleh arwah?
Menerusi beberapa update dan gambar-gambar arwah, si gemok yang dimaksudkan adalah motosikal yang ditungganginya sewaktu kejadian.
MyNewsHub berkongsi beberapa keping gambar ‘print screen’ update serta keadaan motosikal arwah selepas kejadian.
Mengikut laporan daripada pihak polis, arwah Izzat pada ketika itu sedang menunggang motosikal lalu hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.
Arwah Izzat mengalami kecederaan parah di kepala dan Kalaychelven cedera parah di kepala dan putus kaki kiri.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, serta dua lagi mangsa beragama Islam, Allahyarham Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, dan Allahyarham Amirul Faiq Zainuddin, 22.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ngeri itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan