Assalamualaikum
Hari ini acik mendapat request dari seseorang untuk yang ingin ceritakan tentang sesuatu kepada kita semua, agar kaum hawa memahami realiti kehidupan yang sebenarnya dan jangan terlalu ikut hati .
Assalamualaikum acik, maaf gangu pagi pagi ni, saya betul betul tertarik dengan setiap entry acik dan buatkan saya nak kongsikan sesuatu kepada acik dan pembaca blog acik ni. Yelah hidup ini perlukan perubahan dan memperbaiki diri.Sebelum nama saya siti dan saye seorang mahawasiswi di UPM serdang.
Acik : walaikumusalam silakan jika sudi berkongsi cerita dengan kami,dengan rela hati acik sudi mendengar apa yang ingin di sampaikan.
Siti : terima acik , ahh sebelum tu saya ni silent reader blog acik, hampir setiap hari saya akan bace dan kadang kala menagis bila bace entry acik. Dulu saya tak macam gini, dulu saya jahil , walaupon mak ayah dan berikan pendidikan yang baik dan mereka merupakan guru agama di sekolah tapi itulah iman tak di warisi. Saya khilaf dengan perbuatan saya sendiri. Saya bertudung tapi adab dan pergaulan saye tak jaga sebab dulu saya difikir tudung itu bukan halangan untuk saya bersosial dan bercampur gaul dengan mana mana lelaki.Allah kurnia saya mempunyai rupa paras yang menarik dan saya jadikan itu sebagai kekuatan dan penarik kepada lelaki.
Saya selesa bila ramai yang ingin berkenalan dengan saya, dan kadang kala masa melepak ,saya lepak dengan lelaki tanpa ada perasaan risau tentang diri saya. Bergurau senda ,bertepuk tampar tak pernah saya hiraukan , memakai legging dan baju lengan pendek itu biasa. Mak ayah tak tahu keadaan saya bagaimana di sini.Tapi ..
Acik : ermm tapi kenapa ?? apa yang buatkan siti berubah ?
Tapi itulah saya hanyut dengan kehidupan saya yang inginkan kebebasan sebenarnya. saya tahu apa yang saye buat itu berdosa besar tapi masa itu malas nak fikir. Satu hari saya dapat panggilan yang ayah di serang sakit jantung dengan teruk dan di masuk ke hospital , saya rasa risau sangat dan sedih dengan keadaan ayah. Jadi saya minta pertolongan dari seorang rakan yang selalu lepak dengan saya dan dia sudi nak tolong saya.
Tapi itulah nafsu tetap nafsu , kawan yang saya minta tolong itu ambil kesempatan di kala saya sedang down dengan kesedihan nie. Di bawa saya ke sebuah rumah buruk dan ingin buat sesuatu yang tak elok pada saya. masa tu saya sangat terkejut dan meronta ronta tak mahu di lakukan sedemikian rupa dan nasib baik masa tu kebetulan ada orang lelaki lalu di situ dan sedar apa yang berlaku dan tolong saya kalau tak saya tak tahu apa nasib saya . Allah masih sayangkan saya, dengan perasaan hiba saya pergi ke hospital di dengan menaiki teksi dan bila tiba di sana mak bagitahu yang ayah dan meninggal. Saya tanya mak kenapa ayah boleh serang sakit jantung ?? mak kata ayah serang sakit jantung sebab ternampak gambar saya di facebook berpeluk dengan seorang lelaki.
Sumpah acik saya menyesal dan saya khilaf, bila muhasabah diri saya tak salah lelaki yang cuba buat pekara yang tak senonoh terhadap saya sebab puncanya adalah diri saya sendiri.Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati dan bermesra dgn lelaki bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya dihadapan Allah.
Saya tak kisah nak bagitahu kisah ini, untuk kaum hawa sedar bahawa kita harus jaga maruah diri dan pergaulan kita, Jangan jadi macam saya dan terkena baru nak teradah. Nak bergaya tak salah tapi biarlah mengikut syariat islam. Saya masih beruntung kerana ALLAH masih beri kesempatan dan lindungi saya. Siapa pon dan dari keturunan kita tak akan berubah jika diri kita sendiri tak cuba kearah kebaikan.Terima acik kerana sudi siarkan cerita ini, saya harap ada insan yang sedar .
Allahuakbar , acik jadi hilang kata kata, semoga kisah siti di jadikan pedoman kepada kamu yang membaca. hanya mampu acik hulurkan doa untuk siti semoga ALLAH memberkatimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan