Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.
Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
- Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahunpeperiksaan.
- Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
- Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
- Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan