Khamis, 20 April 2017

Giliran Marsha Milan Londoh Buang Keluarga?



Selepas dunia hiburan gempar dengan berita seorang pelakon baru lelaki didakwa membuang keluarganya, alih-alih timbul pula desas-desus pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh pulan dikatakan buang keluarga. Ini kerana Marsha telah menukar namanya. Daripada Marsha Milan Londoh sekarang Marsha cuma mahu dikenali dengan nama Marsha Milan. Dah tak mahu guna nama keluarga? Kenapa?


Menerusi akhbar Utusan, Marsha meminta agar tidak ada mana-mana pihak salah faham menuduhnya membuang keluarga. Mana mugkin dia menjauhkan diri daripada orang-prang yang diibarat seperti tulang belakang dalam kariernya. Sebaliknya, tindakan itu kerana tidak mahu lagi segelintir masyarakat yang sering tersalah sebut namanya. Lantas membuatkan dia merasa seperti pihak tersebut mempermain-mainkan namanya. Oleh seba itu dia mwmbuat keputusan untuk mahu dikenali dengan nama ringkas, Marsha.

“Kalau orang kata saya buang nama keluarga itu salah. Milan itu nama bapa saya. Londoh adalah nama keluarga turun temurun. Jadi siapa kata saya buang keluarga? Semuanya bermula bila saya menjadi hos program Propaganza. Mereka kata nama saya panjang sangat, jadi guna sajalah Marsha Milan. Itu saja.

Saya tak nafi, situasi itu ada berlaku. Orang macam main-main, tersalah sebut nama Londoh jadi Londeh la… Lendehla… apa-apa saja. Tak tahulah kalau memang ada yang sengaja buat-buat tersalah sebut kan. Tapi apa pun, secara positifnya, saya fikir itu adalah satu strategi yang baik buat karier saya juga. Saya mahu orang nampak saya matang,” jelasnya.

Marsha juga berkata dia tiada niat bersikap poyo. Jauh sekali mahu berlagak sepeti ala-ala artis antarabangsa. Tetapi dalam tempoh lapan tahun dalam dunia seni, dia kini sudah lebih yakin dengan kedudukannya sebagai artis. Walaupun telah memendekkan namanya, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF3) ini menegaskan, dia masih Marsha yang sama seperti dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan