Bicara Dara membicarakan tentang segala gala topik dari aktiviti harian, hobi.. keluarga,artis luar dan dalam negara dan juga mengenai gosip.
Jumaat, 28 April 2017
Isu Khalwat: Shahz Jaszle Buka Mulut, Dakwa Kena Perangkap
Semenjak umum mengetahui yang Shahz Jaszle adalah pelakon popular yang di tangkap khalwat baru baru ini, pelakon ini mengambil pendekatan untuk berdiam diri dari memberikan kenyataan kepada media.
Bercakap kepada mStar Online hari ini, Shahz Jaszle tidak mahu mengulas panjang sebenarnya tentang isu tangkapan khalwat beliau kerana ianya sudah pun menjadi kes mahkamah.
“Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti”
Pelakon berusia 25 tahun ini mendakwa ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan beliau bukan berdua tetapi ada lima orang lain dalam rumah berkenaan.
Menurut Shahz Jaszle lagi, beliau terus mengumpulkan ahli keluarganya dan juga tunang, Redwani Puteri untuk menceritakan perkara sebenar dan berkata seluruh keluarga juga setuju ianya satu perangkap.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan,” tambahnya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan