Maya Karin Sahkan Sudah Temui Cinta Hati. Pelakon cantik ini mengesahkan bahawa dirinya sudah menemui cinta hati yang baru. Siapakah gerangan sang pencuri hati Maya agaknya ye….Teruskan sahaja pembacaan anda di bawah ini.
KUALA LUMPUR: Pelakon Maya Karin tidak berselindung sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menjelaskan hubungan itu masih pada peringkat awal.
Maya, 33, berkata, sudah tiba masanya untuk dia membuka hati bagi menerima satu hubungan baru selepas gagal dalam rumah tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010.
“Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal.
“Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan,”
katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘single’ terbaharunya bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia di Hotel Palace of The Golden Horses di sini pada Isnin.
Lagu berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.
Sementara itu, Maya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki tersebut kerana masih belum bersedia berbuat demikian.
Pernah dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak, Maya bagaimanapun memberitahu lelaki berkenaan turut terlibat dalam industri hiburan.
“Apa yang boleh saya kongsi buat masa ini adalah dia terlibat dalam dunia seni juga selain seorang yang bijak,”
ujarnya yang turut sukakan lelaki yang gemarkan aktiviti lasak dan kelakar.
Oleh:
MOHD AL QAYUM AZIZI
Artikel penuh boleh diperolehi di mStar Online
MOHD AL QAYUM AZIZI
Artikel penuh boleh diperolehi di mStar Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan