UNTUK MSYRAKAT YG XTHU . SY SYG TOKGURU . BACA SAMPAI ABIS .T JWAB PEPERIKSAAN XLULUS .
Aku benci beliau, 2 tahun yang lepas. Ya, aku sangat membenci insan ini... aku pernah merasakan beliau sesat, gila kuasa, ekstemis agama dan sebagainya..aku benci orang Kelantan, sebab negeri Kelantan berdasarkan cerita yang kudengar di TV sebuah negeri yang mundur, kotor, rakyatnya sombong, dsbgainya.
sbelum masuk u, aku dah dapat pesanan, jangan berkawan dengan orang2 Kelantan ni...diorang sangat assabiah dan tak boleh dibuat kawan..bila kita susah diorang akan tinggalkan kita.
dulu aku merasakan cukuplah sekadar Islamku sekadar solat, puasa dan zakat... tapi setelah kukenali insan ini, setelah kuketahui apa perjuangan PAS dan matlamat hidup ini.. aku jadi malu dengan insan yang pernah ku benci ini.. semoga ALLAH menemukan aku dengan insan mulia ini kerana aku mahu memohon maaf kepada beliau. Ulama' yang kusanjungi kini.
setelah bebas drpda kejahilan yg panjang, aku jadi malu sendiri.. Kelantan walaupun dikatakan mundur tiada pembangunan, namun kaya dengan pembangunan jiwa rakyatnya... kalaupun tiada masjid2 yang indah seperti yang lainnya, tapi tetap subur dengan kuliah agama dan jamaah yang hadir membanjirinya. Ya, kaki ini belum pernah menjejaki bumi Kelantan, tapi sudah cukuplah gambar dan akhlak2 penduduk dan pemimpinnya menceritakan segalanya.
Kelantan sebuah ikon negara Islam..kaya dengan majlis2 ilmu, ramai 'ulama dilahirkan di sana..dan 'ulama yang kukatakan sesat ini, sungguh lebih hebat daripada yang kujangkakan.
ALLAH...panjangkanlah usia Tok Guru Nik Aziz ini. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan